Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499476
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Osman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Zaki Hj. Abdullah (P28206) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:32:14Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:32:14Z | - |
dc.date.issued | 2011-05-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74873 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499476 | - |
dc.description | Ujian progeni menggunakan biji pendebungaan terbuka dari 40 famili sib separa terpilih Shorea leprosula (Miq.) telah dilakukan di Hutan Simpan (HS) Ulu Sedili, Johor dan HS Kemasul, Pahang menggunakan rekabentuk rawak blok lengkap (RCBD) dengan 8 blok. Famili sib separa ini dilabelkan sebagai F1 hingga F47. Kajian ini dijalankan pada pokok berumur 6 tahun untuk menilai variasi fenotipik berdasarkan parameter: diameter paras dada (Dbh), ketinggian keseluruhan (Ht), ketinggian paras dahan pertama (Cbh), saiz diameter silara (Crsz), ketinggian silara (Crht), bentuk batang (StF), sudut dahan (BrA), saiz dahan (BrS) dan pokok bercabang (Fork). Heritabiliti sempit (h2 n), keuntungan genetik (▲G), korelasi fenotip (rP) dan genotip (rG) serta indeks pemilihan (I) dianggarkan daripada nilai parameter yang dikaji. Hasil kajian mendapati prestasi famili sib separa di lokasi HS Ulu Sedili menunjukkan pertumbuhan lebih baik berbanding lokasi HS Kemasul dalam semua ciri pertumbuhan kecuali ciri Crht, BrA dan Fork. Selain itu, semua ciri turut menunjukkan variasi antara famili sib separa (σ2 f) dalam kedua-dua lokasi sehingga mencapai 13.7% manakala bagi analisis bergabung adalah 2.6%. Famili sib separa yang terbaik untuk ciri Dbh dan Ht adalah F14 (Dbh = 10.3 ± 4.10 cm; Ht = 9.61 ± 2.92 m) bagi lokasi HS Ulu Sedili dan F5 (Dbh = 4.72 ± 1.99 cm; Ht = 6.22 ± 2.03 m) bagi lokasi HS Kemasul. Manakala F23 (Dbh = 4.71 ± 3.11 cm; Ht = 4.87 ± 2.37 m) bagi HS Ulu Sedili dan F24 (Dbh = 2.55 ± 1.19 cm; Ht = 3.60 ± 1.24 m) bagi HS Kemasul adalah famili sib separa yang terendah. Bagi analisis bergabung, didapati F5 (Dbh = 7.97 ± 4.17 cm; Ht = 8.16 ± 2.97 m) adalah yang terbaik dan F26 (Dbh = 4.01 ± 2.08 cm; Ht = 4.55 ± 2.04 m) yang terendah. Anggaran nilai h2 n terhadap semua ciri pertumbuhan turut menunjukkan perbezaan di mana lokasi HS Ulu Sedili, HS Kemasul dan analisis bergabung ialah masing-masing h2 n= 0.08-0.55, h2 n=0.03-0.20 dan h2 n=0.01-0.13. Ini mengambarkan ciri-ciri pertumbuhan mempunyai darjah pewarisan rendah hingga sederhana bagi semua famili sib separa yang diuji. Selain itu, keuntungan genetik di lokasi HS Ulu Sedili dan HS Kemasul menunjukkan perbezaan peningkatan berbanding populasi asal untuk ciri Dbh, Ht, Cbh, Crsz, Crht, StF dan BrS iaitu masing-masing 89% berbanding 13%, 79% berbanding 42%, 49% berbanding 6%, 31% berbanding 2%, 26% berbanding 16%, 9% berbanding 8% dan 18% berbanding 3%. Korelasi fenotip (rP) pula menunjukkan julat besar sehingga 0.94 bagi lokasi HS Ulu Sedili manakala 0.95 bagi lokasi HS Kemasul dan 0.93 bagi analisis bergabung. Begitu juga dengan korelasi genotip (rG) turut mempunyai julat besar sehingga 0.98 bagi kedua-dua lokasi manakala sehingga 0.57 bagi analisis bergabung. Analisis indeks pemilihan (I) turut dijalankan bagi mengenalpasti famili sib separa yang terbaik untuk semua ciri pertumbuhan. Pada umumnya, keseluruhan keputusan menunjukkan lokasi memainkan peranan dalam menentukan prestasi famili sib separa. Justeru itu, terdapat ciri pertumbuhan kualitatif yang mempunyai sifat pewarisan tinggi seperti ciri BrS boleh digunakan untuk tujuan pemilihan pokok pada masa akan datang dan seterusnya hasil genetik bagi S. leprosula akan dapat dipertingkatkan.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Penilaian fenotip | - |
dc.subject | Pemilihan famili sib separa | - |
dc.subject | Meranti tembaga | - |
dc.subject | Shorea leprosula (Miq.) | - |
dc.subject | Shorea leprosula--Malaysia | - |
dc.title | Penilaian fenotip dan pemilihan famili sib separa pada meranti tembaga (Shorea leprosula (Miq.) | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 165 | - |
dc.identifier.callno | QK495.D564 .M849 2011 | - |
dc.identifier.barcode | 000403 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74873+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.55 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.