Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499463
Title: Actinomycetes diversity and characterisation of bioactive compounds of streptomyces from Malaysian marine environment
Authors: Zaima Azira Zainal Abidin (P38450)
Supervisor: Gires Usup, Prof. Dr.
Keywords: Actinomycetes
Streptomyces
Streptomyces -- Identification
Issue Date: 21-Jan-2013
Description: Kajian ini menilai potensi aktinomiset dari persekitaran marin Malaysia sebagai penghasil agen antimikrob. Aktinomiset yang digunakan dalam kajian ini diperolehi daripada Koleksi Kultur UKM, sedimen marin Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Tioman, Pahang; dan air laut dari Pulau Tinggi, Johor. Kehadiran gen-gen PKS-I dan NRPS dalam 70 pencilan yang dipilih secara rawak dilakukan menggunakan PCR. Sejumlah 13 pencilan didapati menunjukkan kehadiran kedua-dua gen PKS-I dan NRPS, manakala 10 pencilan lagi menunjukkan kehadiran gen NRPS sahaja. Penilaian aktiviti antimikrob ke atas organisma ujian - Escherichia coli, Proteus mirabilis, Proteus vulgaris, Pseudomonas aeruginosa, Serratia marcescens, Staphylococcus aureus, methicillin resistant Staphylococcus aureus (MRSA), Bacillus subtilis, Aspergillus niger, Candida albicans dan Candida parapsilosis dilakukan ke atas pencilan berkeputusan positif pada kehadiran gen-gen PKS-I dan NRPS. Kebanyakan pencilan didapati berupaya merencatkan pertumbuhan S. aureus, B. subtilis dan A. niger. Pencilan T55, T107, T109, T110, PT1, PT7 dan PT15 didapati memberikan aktiviti antimikrob yang tinggi terhadap bakteria Gram positif dan kulat. Pencilan BP33, PT14 dan PT5 didapati tidak menunjukkan sebarang aktiviti antimikrob ke atas organisma ujian walaupun mengandungi gen PKS-I dan NRPS. Analisis filogenetik berdasarkan gen 16S rRNA mendapati kebanyakan pencilan yang diperolehi adalah tergolong dalam genus Streptomyces, manakala yang lain tergolong dalam genus Salinispora, Rhodococcus, Gordonia, Actinomadura, Kocuria dan Pseudonocardia. Pencirian turut dilakukan ke atas beberapa pencilan terpilih menggunakan kaedah mikroskopi imbasan elektron (SEM); toleransi terhadap garam, suhu dan pH, peratusan kandungan G + C, analisis asid lemak, penggunaan sumber karbon dan ciri-ciri kultur di atas pelbagai media. Streptomyces sp. PT15 dan Streptomyces sp. PT7 telah dipilih untuk proses pemencilan sebatian aktif biologi berdasarkan beberapa ciri terpilih dan potensi antimikrob. Ekstrak metanol Streptomyces sp. PT15 telah ditulenkan menggunakan teknik turus kromatografi kilat (FCC) dan Sephadex LH-20. Seterusnya, sebatian ZAI1-29-1 berjaya ditulenkan melalui aplikasi HPLC menggunakan turus C18 dan fasa bergerak metanol: 0.1% asid asetik (95:5). Berdasarkan analisis NMR (1H, 13C, HMBC, HSQC, COSY), UV, IR dan MS, sebatian ZAI1-29-1 dikenalpasti sebagai undesilprodigiosin (C25H35N3O). Sebatian ZAI1-29-1 memberikan aktiviti antimikrob yang tinggi terhadap bakteria Gram positif dan C. albicans, tetapi menunjukkan aktiviti antibakteria yang lemah terhadap bakteria Gram negatif. Tiga sebatian iaitu PT7_27min, PT7_30min_1 dan PT7_30min_2 berjaya dipencilkan daripada ekstrak etil asetat medium ISP3 yang mengandungi pigmen kuning melalui HPLC fasa songsang. Hasil analisis NMR (1H, 13C, HMBC, HSQC, COSY), UV, IR dan MS/MS, menunjukkan tiga sebatian ini tergolong dalam kumpulan polipetida kompleks yang sama iaitu kumpulan aktinomisin. Tiga sebatian dicadangkan untuk sebatian PT7_27min iaitu aktinomisin HKI-0155, aktinomisin G3 dan aktinomisin G6 manakala dua sebatian iaitu aktinomisin C2 dan aktinomisin X2 dicadangkan untuk sebatian PT7_30min_1. Sebatian PT7_30min_2 pula dikenalpasti sebagai aktinomisin D (C62H86N12O16). Sebatian PT7_27min, PT7_30min_1 dan PT7_30min_2 menunjukkan aktiviti antibakteria yang tinggi terhadap bakteria Gram positif tetapi tidak aktif terhadap bakteria Gram negatif kecuali Vibrio parahaemolyticus, dan kulat C. albicans.,Ph.D
Pages: 247
Call Number: QR82.S8.Z335 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74780+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
9.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.