Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499457
Title: | Pembangunan kaedah analisis serentak pelbagai residu organoklorin dan risiko pendedahannya terhadap penduduk dewasa di Semenanjung Malaysia |
Authors: | Mazlan Bin Isa (P38447) |
Supervisor: | Aminah Abdullah, Prof. Dr. |
Keywords: | Organoklorin Semenanjung Malaysia Pesticides -- Environmental aspects |
Issue Date: | 1-Nov-2013 |
Description: | Empat belas racun makhluk perosak organoklorin (RMP OC), iaitu alfa-heksaklorisikloheksan (HCH atau HCB), beta-HCB, gamma-HCB, delta-HCB, heptaklor, aldrin, heptaklor epoksida, A-klordan, G-klordan, dieldrin, endrin, 4,4-DDD, 4,4-DDE dan 4,4-DDT pada kepekatan 1 mg/kg digunakan untuk mengkaji kadar perolehan semula tiga kaedah ekstraksi dan dua kaedah pembersihan dengan menggunakan sampel ikan, udang, ayam dan daging sebagai model. Penyelidikan ini dijalankan bagi menentukan kaedah terbaik untuk pengukuran pelbagai residu organoklorin dalam sampel ikan dan makanan laut, dan menilai pendedahan residu RMP OC dikalangan penduduk dewasa di Semenanjung Malaysia. Purata kadar perolehan semula dan sisihan piawai (SD) kesemua residu racun makhluk perosak organoklorin (RRMP OC) yang dianalisis menggunakan lima kombinasi kaedah analisis dalam sampel yang dikaji adalah diantara 69.6-101.4% dan 6.19-14.6%. Oleh itu ianya sesuai digunakan untuk menyaring kehadiran RRMP OC dalam sampel makanan berasaskan tisu haiwan. Dalam analisis ini lima kriteria kawalan kualiti telah digunakan untuk mengesahkan keputusan analisis iaitu prestasi standard rujukan, penilaian prestasi pengesan tangkapan electron (ECD), kelinearan kalibrasi graf standard (r2), kawalan kualiti kumpulan analisis dan kebolehulangan. Daripada 392 sampel ikan dan makanan laut yang di analisis, alfa-HCB, beta-HCB, gamma-HCB, delta-HCB, heptaklor, aldrin, heptaklor epoksida, A-klordan, dieldrin, endrin, 4,4-DDD dan 4,4-DDT telah dikesan dalam sampel pada kepekatan diantara 0.01 – 0.6 mg/kg. RRMP OC dikesan dalam sampel sardin > cencaru > jenahak > pari > bawal > gelama > sotong > merah > kerisi > kembong > tongkol > siakap > udang > tenggiri. Heptaklor dikesan didalam kebanyakkan sampel seperti dalam ikan cencaru, gelama, jenahak, kembong, kerisi, udang, ikan merah, pari, sardin, tongkol dan siakap. Jenis RRMP OC yang paling tinggi dikesan ialah heptaklor, diikuti dengan B-HCB, 4,4-DDT, G-HCB, A-HCB, D-HCB, dieldrin, endrin, aldrin, heptaklor epoksid, A-klordan dan 4,4-DDD. Sebanyak 64.3% nisbah taburan TMDI/ADI daripada 14 jenis RRMP OC yang dianalisis memberikan nilai >100% seperti heptaklor, aldrin, heptaklor epoksida, G-klordan, A-klordan, 4,4-DDE, dieldrin, endrin, 4,4-DDD dan 4,4-DDT. Tetapi G-klordan dan 4,4-DDE tidak dikesan dalam sampel ikan dan makanan laut. Ini menunjukkan bahawa populasi penduduk dewasa di Semenanjung Malaysia berpotensi terdedah kepada risiko kesihatan dengan pengambilan RRMP OC melalui pemakanan ikan dan makanan laut. Purata anggaran pengambilan RRMP OC sehari melalui pemakanan ikan dan makanan laut ialah 87.39 gram sehari iaitu bersamaan dengan 0.01707 μg/62.93kg berat badan individu/hari. Purata pendedahan kepada RRMP OC pula, adalah 65.6% melalui pemakanan ikan laut, 32.2% melalui pemakanan sotong basah dan 2.20% melalui pemakanan udang basah. Peratusan ADI bagi TMDI adalah 405.01% melebihi EDI tanpa pelarasan bagi RRMP OC (0.01%), dan tiada RRMP OC yang dianalisis dalam ikan dan makanan mencapai atau melebihi ADI. Ini menunjukkan bahawa tahap risiko pendedahan populasi dewasa di Semenanjung Malaysia kepada RRMP OC melalui pemakanan ikan dan makanan laut adalah rendah daripada tahap yang boleh menyebabkan risiko kesihatan.,Ph.D |
Pages: | 264 |
Call Number: | QH545.P4 \\b M379 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74763+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.