Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499454
Title: | Penghasilan stok asas biopelincir berasaskan asid linoleik terepoksida minyak jarak pagar |
Authors: | Liew Kin Hong @ Lew Kin Hong (P46423) |
Supervisor: | Jumat Salimon, Prof. Dr. |
Keywords: | Biopelincir Asid linoleik terepoksida Lubrication and lubricants |
Issue Date: | 22-May-2013 |
Description: | Kajian penghasilan stok asas biopelincir berasaskan asid linoleik terepoksida (ELA) minyak jarak pagar (Jatropha curcas L.) telah dilakukan. Minyak jarak pagar (JO) diekstrak dengan menggunakan pelarut n-heksana secara kaedah Soxhlet. Peratus minyak terekstrak adalah 48.5%. Analisis kromatografi gas (GC-FID) menunjukkan JO mengandungi asid palmitik (13.8%), asid palmitoleik (0.4%), asid stearik (6.1%), asid oleik (41%) dan asid linoleik (38.7%). JO dihidrolisis dan asid linoleik (LA) dipisahkan dan ditulenkan dengan kaedah pengkompleksan urea. Ketulenan LA telah meningkat dari 38.7% ke >99% dengan peratus hasil 5%. LA dengan ketulenan 78.1% (peratus hasil 33.3%) telah dilakukan tindak balas pengepoksidaan in situ (hidrogen peroksida dan asid formik). Penukaran relatif kepada oksirana sebanyak 80.4% dan penukaran relatif nilai iodin sebanyak 94.7% telah diperolehi. Belahan gelang oksirana telah berlaku dengan nisbah mol hidrogen peroksida yang rendah. Tindak balas pembukaan gelang oksirana asid linoleik terepoksida (ELA) telah dilakukan dengan lima jenis alkohol lemak (alkohol lauril, miristil, palmitil, stearil dan oleil) dalam kehadiran mangkin asid sulfurik untuk menghasilkan produk dihidroksi-dieterester. Pencirian fizikal telah dilakukan terhadap hasil pembukaan gelang oksirana seperti takat kilat, indek kelikatan dan kestabilan pengoksidaan. Takat tuang tertinggi dan terendah adalah stearil dihidroksi distearoksi stearat, SDHDSS dan oleil dihidroksi dioleoksi stearat, ODHDOS iaitu masing-masing 21.7 oC dan -10.1 oC. Tindak balas pengesteran ODHDOS dengan asid asetik menggunakan mangkin asid sulfurik menghasilkan dieter triester (oleil diasetat dioleoksi stearat, ODADOS) dan dicirikan dengan menggunakan FTIR dan NMR. Sifat-sifat fizikal ODADOS menunjukkan takat kilat pada 245 oC, takat tuang pada -15.72 oC, indek kelikatan pada 167.1 dan kestabilan pengoksidaan pada 165.75 oC dengan peratusan hasil 75%. Sifatsifat fizikal dieter triester yang terhasil menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai stok asas biopelincir.,Ph.D |
Pages: | 139 |
Call Number: | TJ1077.L535 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74759+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.