Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499430
Title: Pemodelan matematik bagi aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba dalam nanobendalir
Authors: Norfifah Bachok (Norfifah Bachok @ Lati) (P45125)
Supervisor: Anuar Mohd Ishak, Prof. Dr.
Keywords: Pemodelan matematik
Aliran lapisan sempadan
Pemindahan haba dalam nanobendalir
Boundary layer--Mathematical models
Issue Date: 23-Nov-2012
Description: Nanobendalir merupakan sejenis bendalir yang mengandungi sejumlah kecil nanozarah seragam dan stabil yang terampai bersaiz kurang daripada 100 nm di dalam bendalir klasik yang mempunyai kekonduksian terma yang rendah seperti air, minyak dan etilena glikol. Kewujudan nanozarah ini dapat meningkatkan kekonduksian terma bendalir tersebut dan seterusnya meningkatkan ciri-ciri pemindahan haba. Dalam kajian ini, aliran lapisan sempadan mantap dan pemindahan haba dalam nanobendalir bagi permukaan bergerak, berdekatan titik genangan pada permukaan meregang/mengecut dan permukaan telap yang bergerak dikaji secara berangka. Model yang digunakan untuk nanobendalir adalah model yang mengambil kira kesan pecahan isi padu nanozarah yang dikemukakan oleh Tiwari dan Das serta model yang menggabungkan kesan gerakan Brownan dan juga kesan termoforesis yang dikemukakan oleh Buongiorno. Persamaan terbitan separa tak linear dijelmakan kepada sistem persamaan terbitan biasa tak linear menggunakan penjelmaan keserupaan yang seterusnya diselesaikan secara berangka dengan menggunakan kaedah tembakan dan kaedah kotak Keller. Keputusan berangka dipersembahkan dalam bentuk jadual atau graf bagi pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat dan nombor Sherwood setempat serta profil halaju, suhu dan pecahan isi padu nanozarah, untuk julat tertentu pelbagai parameter, seperti pecahan isi padu nanozarah, parameter nisbah halaju, nombor Prandtl Pr, nombor Lewis Le, parameter gerakan Brownan Nb, parameter termoforesis Nt, parameter regangan/kecutan  dan parameter sedutan/semburan 0f. Didapati bahawa pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat yang mewakili kadar pemindahan haba pada permukaan dan nombor Sherwood setempat dipengaruhi oleh parameterparameter tersebut. Keputusan menunjukkan bahawa penyelesaian dual wujud apabila plat dan bendalir bergerak dalam arah bertentangan dan bagi permukaan mengecut. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa sedutan meningkatkan julat kewujudan penyelesaian, manakala semburan bertindak sebaliknya. Selain itu, peningkatan nilai pecahan isi padu nanozarah dan kesan sedutan menyebabkan pekali geseran kulit dan kadar pemindahan haba pada permukaan bertambah. Di samping itu, nanobendalir dapat meningkatkan kadar pemindahan haba dan mempercepatkan proses penyejukan.,PhD
Pages: 181
Call Number: QA913 .N649 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_72952+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.