Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499398
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ismanizan Ismail, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Acga Cheng (P52542) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:31:46Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:31:46Z | - |
dc.date.issued | 2013-11-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:71570 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499398 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan ke arah penggunaan kaedah molekul secara intensif dalam mempercepatkan proses pembangunan varieti padi tempatan yang memiliki tiga ciri kualiti yang utama iaitu aroma, kandungan amilosa dan pemanjangan biji. Penanda molekul berasaskan tindak balas berantai polimerase (PCR) yang mampu mengenal pasti polimorfisme asid deoksiribonukleik (DNA) secara mudah dan cepat diaplikasi dalam setiap bahagian kajian ini termasuk PCR multipleks, pemetaan rangkaian genetik dan pembiakbakaan berbantu penanda molekul (MAS). Satu asai PCR multipleks yang berkesan untuk ciri aroma dan kandungan amilosa berjaya dibangunkan berdasarkan hasil validasi polimorfisme yang dijalankan ke atas dua set penanda molekul terpilih, iaitu pencetus EAP/ESP/INSP/IFAP untuk gen aroma (fgr) dan pencetus O484/O485 untuk gen kandungan amilosa (Wx). Kaedah elektroforesis beresolusi tinggi MAGE telah berjaya dibangunkan dalam kajian ini sebagai alternatif kepada kaedah PAGE kerana didapati lebih mudah dikendalikan dan menjimatkan masa. Satu rangka peta rangkaian genetik berasaskan ulangan jujukan ringkas (SSR) telah dibina menggunakan 90 individu populasi pemetaan F2 hasil kacukan di antara Basmati 370 dan MR 84. Analisis penyaringan induk mendapati bahawa 102 daripada 212 penanda yang terpilih adalah polimorfik. Sebanyak enam daripada 102 penanda polimorfik tersebut menunjukkan penyimpangan pengherotan yang ekstrem (χ2>10.5, P<0.001), menjadikan jumlah keseluruhan penanda yang diagihkan kepada 12 kumpulan rangkaian sebanyak 96. Peta rangkaian dibina menggunakan perisian Mapmaker/Exp versi 3.0 dan data yang dihasilkan kemudiannya diimport ke perisian Window QTL Cartographer versi 2.5 untuk pengenal pastian QTL melalui analisis pemetaan selang komposit (CIM). Sejumlah sembilan QTL dengan skor LOD melebihi 3.0 telah dikenal pasti; masing-masing empat QTL untuk aroma (kromosom 8), tiga untuk kandungan amilosa (kromosom 3, 5 dan 6) dan dua untuk pemanjangan biji (kromosom 2). Sebanyak empat QTL baru dilaporkan, termasuk dua untuk kandungan amilosa (qAC-3-1 dan qAC-5-1) dan dua untuk pemanjangan biji (qGE-2-1 dan qGE-2-2). Teknologi MAS pula diaplikasi dalam kajian ini untuk mengintrogresi gen fgr dari varieti wangi MRQ 74 kepada dua varieti berhasil tinggi MR 84 dan MR 219 selepas dua generasi kacuk balik dan satu generasi kacuk sendiri (BC2F2). Dengan bantuan set pencetus EAP/ESP/INSP/IFAP, sebanyak 10 individu BC2F2 yang dikenal pasti membawa alel delesi fgr (aa) dipilih secara rawak masing-masing dalam dua generasi BC2F2 yang dibangunkan untuk ujian pengesahan dan analisis agronomi. Semua individu BC2F2 yang terpilih disahkan wangi melalui ujian sensori (skor 3) dan tidak terdapat perbezaan yang bererti (p>0.05) untuk ciri hasil per pokok di antara dua generasi BC2F2 dengan induk penerima MR 84 dan MR 219, masing-masing. Penghasilan individu-individu BC2F2 yang wangi dengan potensi hasil yang baik menunjukkan bahawa aplikasi teknologi MAS adalah efektif dalam menggantikan teknik pembiakbakaan secara konvensional yang memakan masa dalam program pembiakbakaan varieti wangi tempatan yang berhasil tinggi.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Varieti Padi | |
dc.subject | Padi Berkualiti | |
dc.subject | Penanda Molekul | |
dc.subject | Rice | |
dc.title | Pembangunan Varieti Padi Berkualiti Berasaskan Kepada Penanda Molekul | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 216 | |
dc.identifier.callno | SB191.R5 .C554 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000615 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71570+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.66 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.