Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499385
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jumat Salimon, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Wan Rusmawati Wan Mahamod (P35457) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:31:42Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:31:42Z | - |
dc.date.issued | 2013-07-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:71457 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499385 | - |
dc.description | Potensi beberapa fasa daripada sistem ternari campuran Glukopon 215 (Gpn 215) dan Brij 30 (B30) sebagai templat fasa bagi pengawalan pengoksidaan asid linoleik (LA) telah dikaji. Formulasi fasa hablur cecair lamella (Lα) dan emulsi (E) diperolehi melalui pembinaan gambarajah fasa menggunakan kaedah pentitratan pada suhu 27.0 ± 0.1 °C. Gambarajah fasa sistem surfaktan (S) individu dan sistem campuran surfaktan (CS) yang terdiri daripada S (atau CS)/H2O/IPP menggunakan Glukopon 215 (Gpn 215), Brij 30 (B30), Tween 20 (T20) dan Tween 80 (T80) dan campuran antara setiap S dengan B30 yang tiap satunya pada nisbah 3:7 telah dibina. Sistem Gpn 215:B30/H2O/IPP telah dipilih bagi kajian ini berdasarkan kewujudan fasa Lα yang paling luas dan fasa E dengan pelbagai saiz butiran (Zave). Dua komposisi fasa Lα Gpn 215:B30/H2O/IPP telah dipilih iaitu pada 45/50/5 (sampel R1) dan 65/30/5 (sampel R2). Fasa mikroemulsi, μE (Zave < 50 nm) dan nanoemulsi, NE (Zave < 300 nm) telah berjaya diformulasi melalui melalui kaedah tenaga-rendah pada nisbah Gpn 215:B30 6:4 dan 9:1. Manakala emulsi pekat (Ep) minyak-dalam-air (Zave < 1 μm) dengan pecahan isipadu fasa serakan, Φm antara 0.85 hingga 0.95 dan nisbah komposisi CS:H2O setara (1:1) hanya berjaya diformulasikan melalui kaedah penyongsangan komposisi fasa (PIC). Sifat fizikokimia dan kestabilan fasa Lα telah dikaji menggunakan instrumen mikroskop optikal berpengutub (OPM), Serakan Sudut Kecil Sinar X (SAXS) dan reometer. Pengaruh jenis minyak selain IPP ke atas struktur Lα telah dikaji menggunakan minyak isopropil miristat (IPM), dipropilena glikol (DPG), LA dan asid politaktepu (PUFA). Struktur Lα yang kuat serta tersusun secara mendatar dan selanjar telah wujud bagi sampel R2 berbanding struktur rawak dan bertompok wujud bagi sampel R1. Kehadiran 10 %bt Gpn 215 dalam CS turut membantu meningkatkan kekuatan struktur Lα. Kestabilan fasa Lα terhadap fungsi masa penyimpanan selama lebih dari 150 hari pada suhu bilik telah dikaji melalui perubahan nilai jarak antara lapisan lamella (d) dan modulus penyimpanan (G') pada frekuensi sudut 13.5 rad/s. Kestabilan fasa ini amat bergantung kepada kekuatan binaan struktur Lα di mana fasa yang lebih stabil ditunjukkan oleh sampel R2 berbanding R1, dari jenis minyak IPP, PUFA dan LA berbanding minyak lain, dengan kehadiran 10 %bt Gpn 215 dalam CS dan dengan kehadiran PUFA dalam fasa minyak, IPP. Kajian pengoksidaan LA dalam sampel Lα yang diukur melalui perubahan kadar pengurangan substrat awal yang masih tinggal (LA), kadar penghasilan konjugat diena (CD) dan kadar penghasilan peroksida (PV) di bawah pendedahan (cahaya, sinar UV, suhu dan sinar γ) berbeza menunjukkan bahawa kadar pengoksidaan LA berkadar songsang dengan kekuatan struktur Lα yang terbina. Sampel R2 merendahkan kadar pengoksidaan hampir 5 hingga 10 kali ganda berbanding sampel R1. Manakala kadar pengoksidaan telah menurun hampir 2 kali ganda dengan kehadiran 10 %bt Gpn 215 dalam CS. Ep yang stabil dan berstruktur telah wujud pada Φm 0.95 serta didapati lebih stabil terhadap pengoksidaan di bawah sinar UV pada jarak gelombang 365 nm dan juga suhu. Manakala Ep pada Φm 0.90 lebih stabil terhadap pendedahan sinar UV pada jarak gelombang 254 nm. Pengoksidaan LA di dalam fasa μE dan NE di bawah pendedahan kepada sinar UV dan suhu berbeza pula didapati berkadar songsang dengan kandungan surfaktan, Gpn 215, minyak (IPP) dan saiz butiran emulsi. Kehadiran kandungan surfaktan dan Gpn 215 yang tinggi pada antaramuka membran emulsi membantu melindungi molekul LA dalam teras minyak daripada teroksida.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pengoksidaan | - |
dc.subject | Linoleik | - |
dc.subject | Glukopon | - |
dc.subject | Linoleic acid-- Oxidation | - |
dc.title | Pengawalan pengoksidaan asid linoleik menggunakan templat fasa daripada sistem ternari campuran Glukopon 215 : Brij 30 | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 317 | - |
dc.identifier.callno | QP752.L5.W343 2013 3 | - |
dc.identifier.barcode | 000591 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71457+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.