Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499381
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSheila Nathan, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorYee Wai Yan (P40977)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:31:41Z-
dc.date.available2023-10-13T09:31:41Z-
dc.date.issued2013-07-29-
dc.identifier.otherukmvital:71354-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499381-
dc.descriptionKajian lepas ke atas gerak balas imun nematoda Caenorhabditis elegans terhadap infeksi Burkholderia pseudomallei peringkat transkriptom telah menunjukkan patogen ini berupaya mengatasi pelbagai aspek gerak balas imun perumah sehingga membawa kepada kematian perumah. Nematoda perlu didedahkan kepada B. pseudomallei R15 secara langsung berterusan bagi menghasilkan kematian keseluruhan populasi C. elegans. Kajian ini dilakukan bagi melanjutkan penyiasatan ke peringkat ungkapan proteom untuk memahami gerak balas imun proteom C. elegans dua strain berbeza yang terinfeksi. Baka liar nematoda N2 dan strain mutan tnt–3(aj3) yang membawa kerosakan pengisar faringeal telah digunakan dalam kajian ini untuk memahami gerak balas pertahanan C. elegans pada keadaan infeksi biasa dan kandungan muatan sel bakteria B. pseudomallei R15 tidak terlisis yang lebih tinggi memasuki lumen ususnya. Kadar kematian nematoda tnt–3(aj3) adalah lebih pantas berbanding dengan N2 selepas terdedah kepada strain B. pseudomallei R15. Sel bakteria B. pseudomallei R15 tidak terlisis juga diperhatikan berkumpul dengan lebih pesat di dalam usus tnt– 3(aj3) berbanding dengan N2 secara menggunakan B. pseudomallei R15 yang membawa gen GFP terungkap. Kadar kematian mutan pengisar yang lebih pantas berkemungkinan besar disumbangkan oleh peningkatan pengumpulan muatan bakteria B. pseudomallei R15. Walau bagaimanapun, patogen ini gagal mengkoloni keseluruhan lumen usus kedua–dua strain baka liar dan mutan nematoda. Ini mencadangkan B. pseudomallei R15 tidak berupaya mengkoloni lumen usus nematoda dengan efektif tetapi masih menyebabkan kematian perumah dalam jangka masa pendek selepas diinfek. Bagi mengkaji gerak balas imunoproteom perumah terhadap infeksi B. pseudomallei R15, pendekatan proteomik melalui perbandingan tahap ungkapan protein C. elegans N2 dan tnt–3(aj3) terinfeksi B. pseudomallei R15 telah digunakan. Hasil analisis proteom C. elegans terinfeksi B. pseudomallei R15 selama 8 jam (tnt–3(aj3)) dan 12 jam (N2) menunjukkan protein perumah telah termodulasi semasa infeksi B. pseudomallei R15. Protein–protein ini telah dicirikan mempunyai fungsi berkait dengan pengikatan, modifikasi pasca translasi protein, metabolisme tenaga, sistem tisu struktur, metabolisme homosistein, pengoksidaan beta asid lemak, tapak jalan pentosa fosfat, oogenesis dan embriogenesis dan protein yang tiada pencirian. Profil ungkapan proteom mencadangkan mekanisme pertahanan perumah dan regenerasi tisu telah teraruh untuk melawan jangkitan. Tambahan lagi, protein– protein yang berkait dengan pembekalan tenaga yang mungkin diperlukan bagi mengaktifkan gerak balas keimunan turut teraruh tetapi sebaliknya tapak jalan berkait dengan biosintesis nukleotida dan pembiakan yang kurang penting mengalami penurunan semasa infeksi. Ini menandakan nematoda mungkin memulihara bekalan tenaga yang diperlukan bagi mengekalkan kefungsian gerak balas keimunan. Untuk mengesahkan keperluan protein perumah ini dalam mempertahankan nematoda daripada infeksi, tiga strain nematoda mutan N2 yang terhasil oleh proses pelenyapan gen melalui RNAi pada gen yang diperkayakan semasa infeksi B. pseudomallei R15, F46H5.3, AHCY-1 dan IFB-2, didapati lebih sensitif kepada infeksi patogen ini. Strain mutan tnt-3(aj3) yang telah dijalani RNAi pada gen ifb–2 juga didapati lebih sensitif kepada infeksi B. pseudomallei R15. Protein-protein ini mungkin mempunyai peranan kritikal dalam pertahanan perumah nematoda terhadap infeksi B. pseudomallei R15. Oleh itu, pendekatan pemprofilan 2D ungkapan proteom telah berjaya mendedahkan penglibatan protein C. elegans dalam melawan infeksi patogen.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectProteom-
dc.subjectCaenorhabditis-
dc.subjectProteomics-
dc.titlePerubahan profil proteom baka liar N2 dan mutan tnt-3(aj3) Caenorhabditis elegans terhadap infeksi Burkholderia pseudomallei-
dc.typeTheses-
dc.format.pages177-
dc.identifier.callnoQP551.Y436 2013-
dc.identifier.barcode000634-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71354+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.