Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499377
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Mahir Razali, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurulkamal Masseran (P57499) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:31:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:31:39Z | - |
dc.date.issued | 2014 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:71352 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499377 | - |
dc.description | Tenaga angin merupakan suatu sumber tenaga boleh diperbaharu yang penting kerana ianya bersih dan kos penghasilannya adalah efektif. Malahan, penggunaan sumber tenaga lain seperti minyak, nuklear, dan arang batu memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar. Faktor-faktor ini telah menjadikan tenaga angin sebagai suatu sumber tenaga yang lebih berdaya saing. Walau bagaimanapun, aplikasi tenaga angin di Malaysia masih tidak meluas dan memerlukan suatu penilaian yang menyeluruh. Maka, bagi tujuan tersebut, analisis terhadap regim angin di sesuatu kawasan adalah penting dalam usaha memberikan maklumat berkenaan potensi tenaga kepada pembuat polisi dan keputusan. Kajian ini menekankan kepada penyuaian beberapa model kebarangkalian, penganggaran ruang, penilaian keadaan cekal bagi laju angin dan arah angin di Malaysia. Data laju angin dalam unit km/jam dan arah angin dalam unit darjah (0°-360°) untuk tempoh 10 tahun dari 2000 hingga 2009 untuk 67 buah stesen angin di seluruh Malaysia telah digunakan. Lapan taburan kebarangkalian disuaikan terhadap data laju angin sebelum min bagi kuasa angin dihitung. Seterusnya, berdasarkan min kuasa angin yang diperoleh, analisis ruang terhadap kuasa angin di Malaysia dijalankan menerusi kaedah semivariogram, kaedah pengkrigan dan kaedah jarak songsangan berpemberat. Menerusi peta kuasa angin yang terhasil, beberapa kawasan yang berpotensi untuk menghasilkan tenaga seperti Mersing, Kudat, Sandakan dan Balok Baru telah dikenal pasti dan dicadangkan untuk diselidiki dengan lebih mendalam pada masa akan datang. Kesinambungan analisis diteruskan dengan menilai tahap keadaan cekal bagi laju angin dan juga keberlangsungan tenaga yang boleh dicapai untuk beberapa stesen yang telah dikenal pasti. Penilaian dibuat menerusi konsep kepegunan siri masa dan juga kaedah lengkung tempoh masa laju angin. Dua jenis ujian punca-unit digunakan bagi menguji kepegunan bagi data dan didapati kesemua stesen yang diuji mempunyai siri masa laju angin yang pegun. Kepegunan siri masa ini secara umumnya menggambarkan bahawa laju angin di Malaysia mempunyai kelajuan angin yang stabil. Berikutnya, menerusi kaedah lengkung tempoh masa laju angin, didapati aras terpangkas 2.5 m/s bagi kincir angin mampu menjamin keberlangsungan bagi penjanaan tenaga angin di Malaysia. Khususnya, bagi stesen Mersing dan Kudat, didapati hampir 50% daripada data laju angin boleh digunakan untuk menjana tenaga. Disamping itu, analisis terhadap arah angin juga dijalankan untuk menentukan arah-arah angin yang dominan. Analisis ini membekalkan maklumat penting yang membolehkan turbin angin dibina pada arah posisi yang sesuai bagi tujuan memaksimumkan tenaga yang boleh dijana. Menerusi penyuaian taburan von Mises-Fisher campuran, didapati berapa taburan campuran mampu memberikan padanan yang baik terhadap data. Seterusnya, berdasarkan plot ketumpatan berarah yang diperoleh daripada data simulasi model, arah angin dominan dapat ditunjukkan dengan jelas. Walaupun analisis yang menyeluruh telah dijalankan terhadap regim angin di Malaysia, didapati hanya beberapa stesen seperti stesen Mersing, Kota Bahru, Balok Baru, Kangar, Sandakan dan Kudat telah dikenal pasti berpotensi untuk dikaji dengan lebih mendalam pada masa akan datang bagi tujuan penghasilan tenaga.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Wind power -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Analisis berstatistik terhadap regim angin untuk menilai potensi tenaga di Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 257 | - |
dc.identifier.barcode | 000882 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71352+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.