Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499375
Title: Beberapa masalah aliran lapisan sempadan olakan dengan kesan gelinciran dan tanpa gelinciran pada permukaan
Authors: Fazlina Aman (P50028)
Supervisor: Anuar Mohd Ishak, Prof. Dr.
Keywords: Lapisan sempadan
Gelinciran
Bendalir
Boundary layer
Issue Date: 14-Aug-2013
Description: Fenomenon kesan gelinciran pada permukaan boleh berlaku pada permukaan bendalir-pepejal dan pada permukaan lapisan bendalir-bendalir, terutama bagi sesetengah bendalir berskala kecil dalam mikroaliran. Dalam kebanyakan kajian aliran lapisan sempadan yang telah dilakukan oleh para penyelidik, didapati kesan gelinciran adalah baik bagi meningkatkan kadar pemindahan haba pada permukaan yang diperlukan dalam suatu proses penyejukan. Bagi aliran tanpa gelinciran, ciri-ciri pemindahan haba bergantung pada masalah aliran yang dikaji. Dalam tesis ini, model matematik dibina untuk mengkaji ciri-ciri aliran dan pemindahan haba bagi lima masalah aliran lapisan sempadan yang dihadkan kepada aliran mantap dua matra dalam bendalir likat tak mampat. Masalah pertama dan kedua masing-masing mempertimbangkan aliran berdekatan titik genangan dan aliran hidromagnet, kedua-duanya pada helaian tegak meregang. Masalah ketiga dan keempat mempertimbangkan syarat sempadan gelinciran, masing-masing bagi aliran terhadap titik genangan pada permukaan tegak dan aliran terhadap helaian telap mengecut. Sementara itu, masalah kelima melibatkan aliran pada permukaan meregang/mengecut di bawah aliran ricih luar dengan syarat sempadan permukaan olakan. Formulasi model matematik diperoleh dengan menurunkan persamaan pembezaan separa tak linear kepada persamaan pembezaan biasa menggunakan penjelmaan keserupaan. Analisis kepada sistem persamaan yang terhasil dimulakan dengan menyelesaikan masalah secara berangka menggunakan kaedah kotak Keller atau kaedah tembakan. Kaedah kotak Keller diatur cara menggunakan perisian MATLAB 7, manakala kaedah tembakan menggunakan atur cara "bina dalam" dalam perisian Maple 12. Seterusnya, nilai-nilai berangka bagi pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat serta profil-profil halaju dan suhu diperoleh untuk pelbagai nilai parameter menakluk seperti parameter nisbah halaju, parameter keapungan, parameter magnet, parameter gelinciran halaju dan terma, nombor Prandtl, parameter olakan, parameter sedutan/semburan dan parameter regangan/kecutan. Keputusan berangka yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Didapati gelinciran halaju mengurangkan pekali geseran kulit tetapi meningkatkan kadar pemindahan haba pada permukaan, manakala kesan gelinciran terma adalah sebaliknya. Suhu permukaan pula didapati bertambah dengan kehadiran medan magnet dan dengan syarat sempadan permukaan olakan. Selain itu, parameter-parameter menakluk yang lain turut mempengaruhi pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat, di samping kewujudan penyelesaian dual atau unik, bagi masalah-masalah yang dikaji.,The phenomenon of slip effects on a surface can occur at a fluid-solid interface and at a fluid-fluid interface, especially for some small-scale fluid in microflows. In many boundary layer flow studies that have been done by researchers, it is found that the slip effects are good to enhance the heat transfer rate at the surface that is needed in a cooling process. For flow without slip, the heat transfer characteristics depend on the flow problem being studied. In this thesis, a mathematical model is developed to study the characteristics of flow and heat transfer of five boundary layer flow problems that are limited to two-dimensional steady flow of incompressible viscous fluid. The first and second problems considered the flow near the stagnation point and the hydromagnetic flow, respectively, both on a vertical stretching sheet. The third and fourth problems considered the slip boundary conditions for the flow towards a stagnation point on a vertical surface and the flow on a permeable shrinking sheet, respectively. Meanwhile, the fifth problem is on the flow at the stretching/shrinking surface beneath an external shear flow with a convective surface boundary condition. The mathematical model formulation is obtained by reducing the non-linear partial differential equations to ordinary differential equations using a similarity transformation. Analysis of the resulting system of equations begins by solving the problem numerically using the Keller box method or shooting method. The Keller box method is programmed using MATLAB 7, while the shooting method uses the build in" program in Maple 12 software. Then
Pages: 235
Call Number: QA913.F349 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71308+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.