Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/498010
Title: Konflik etnik di Asia Tenggara: perbandingan pengurusan konflik Aceh (Indonesia) dan konflik Moro (Filipina)
Authors: Muhammad Nasir Badu (P37425)
Supervisor: Zarina Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Konflik etnik
Konflik pengurusan
Conflict management -- Philippines
Issue Date: 9-Nov-2013
Description: Pasca Perang Dingin telah memperlihatkan konflik antarabangsa digantikan dengan konflik etnik. Kebanyakan konflik etnik ini berlaku di negara sedang membangun. Di Asia Tenggara, sekurang-kurangnya ada dua konflik etnik yang menimbulkan keresahan dan ketidakstabilan rantau, iaitu konflik Aceh dan konflik Moro. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan mengenai magnitud (darjah keberhasilan) pengurusan konflik Aceh di Indonesia dan konflik Moro di Filipina. Konflik Aceh sudah berjaya diatasi sementara konflik Moro masih lagi berterusan walaupun pelbagai usaha telah dijalankan. Persoalannya, kenapa konflik Moro masih belum berjaya diatasi berbanding konflik Aceh? Kajian ini menghujahkan bahawa kedua-dua konflik ini sebenarnya dikategorikan telah berjaya dalam pengurusannya tetapi hanya berbeza dari segi hasilnya (magnitud keberhasilan). Kajian ini mempunyai tiga objektif, pertamanya, kajian ini menghuraikan pengurusan konflik oleh kedua-dua kerajaan Indonesia dan Filipina sama ada yang menggunakan pendekatan koersif (kekerasan) dan juga persuasif (mesra). Keduanya, kajian ini turut meneliti perbandingan magnitud pengurusan konflik Aceh dan konflik Moro. Akhirnya, kajian ini menganalisa faktor yang menyumbang terhadap perbezaan hasil pengurusan kedua-dua konflik. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif berdasarkan data primer dan sekunder. Data primer dikumpulkan dengan menggunakan metod analisa dokumentasi dan temubual intensif. Dokumentasi telah diperolehi dari Arkib Kementrian Luar Negara Indonesia di Jakarta dan daripada perpustakaan Universiti Filipina (UP) di Manila. Temubual intensif pula telah dijalankan dengan beberapa informan terpilih antara tahun 2009 sehingga tahun 2013 di Manila (Filipina) dan di Aceh dan Jakarta (Indonesia). Sementara data sekunder diperolehi dari beberapa perpustakaan, di Universiti Kebangsaan Malaysia (Malaysia), Perpustakaan Nasional (Indonesia), Perpustakaan Pengajian Islam di University of the Philippines (Filipina), Perpustakaan Universiti Nasional (Singapura) dan juga Perpustakaan Pusat Pengajian Asia Tenggara, Northern Illinois University (Amerika Syarikat). Dalam menganalisis data ini, penyelidik telah menggunakan teori konflik etnik vertikal, pengurusan konflik dan neoliberalisme, yang bersandarkan pentingnya institusi dalam mengelolakan konflik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kerajaan Indonesia dan kerajaan Filipina menggunakan gabungan pendekatan koersif dan juga pendekatan persuasif dalam menguruskan konflik mereka. Tetapi dalam kes konflik Aceh, pengurusannya memiliki darjah keberhasilan yang tinggi berbanding dengan kes Moro. Ini disebabkan oleh faktor dalaman, seperti impak gempa bumi dan tsunami di Aceh, karismatik pemimpin, iltizam puak pemisah dan juga faktor luaran iaitu peranan institusi antarabangsa yang menguruskan kedua-dua konflik Aceh dan konflik Moro. Rumusannya, kajian ini menyumbang terhadap kejayaan peranan institusi aktor bukan negara dalam meningkatkan darjah pengurusan konflik etnik.,Ph.D
Pages: 320
Call Number: HD42.M835 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71618+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.