Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497938
Title: Perilaku maladministrasi birokrasi dalam perkhidmatan awam di kota Pekanbaru Provinsi Riau, Indonesia
Authors: Rodi Wahyudi (P45403)
Supervisor: Jalaluddin Abdul Malek, Prof. Madya Dr.
Keywords: Perilaku maladministrasi
Birokrasi
Perkhidmatan awam
Konflik kerajaan
Perilaku kakitangan awam
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Feb-2016
Description: Perubahan struktur pemerintahan, sistem pentadbiran awam dan reformasi birokrasi masih belum mampu mengubah salahlaku pentadbiran birokrasi di Indonesia. Isu kajian ini adalah berlakunya konflik antara polisi kerajaan dan perilaku kakitangan awam dalam menangani kejahatan birokrasi. Persoalannya adalah mengapa usaha membenteras perilaku maladministrasi birokrasi dalam perkhidmatan awam di Indonesia masih gagal?. Kajian dijalankan bagi mencapai tiga objekif utama. Pertama, meneliti jenis perilaku maladministrasi birokrasi, kedua, mengenalpasti faktor penyebab gagalnya perilaku maladministrasi birokrasi dibasmi dan ketiga mengenalpasti kekuatan dan kelemahan polisi yang sedia ada untuk mencegah perilaku maladministrasi birokrasi. Dua kaedah kajian digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik telah diisi oleh 250 kakitangan awam. Kaedah kedua adalah temubual mendalam terhadap lapan pemaklum utama. Lima agensi yang menyediakan perkhidmatan telah dipilih sebagai lokasi kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat jenis amalan maladministrasi birokrasi iaitu kelalaian birokrasi menyelesaikan urusan, ketidakadilan birokrasi memberikan layanan, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah. Amalan maladministrasi birokrasi sukar dibasmi kerana tiada perubahan set minda. Kakitangan awam masih mengekalkan budaya buruk birokrasi. Perilaku maladministrasi birokrasi telah menjadi amalan turun temurun sejak zaman pra kolonial sampai pasca reformasi. Terbukti bahawa tahap perilaku maladministrasi birokrasi kakitangan awam bekerja setelah era reformasi lebih tinggi berbanding kakitangan awam bekerja sebelum era reformasi. Sebanyak manapun undang-undang baru disahkan, warta kerajaan, pekeliling dan kod etika untuk membasmi maladministrasi birokrasi tetap akan gagal selagi tiada keinginan kakitangan awam untuk berubah. Perubahan set minda harus dimulakan dengan penanaman nilai murni dalam setiap individu agar wujud sifat amanah, rendah hati, disiplin dan jujur. Agensi Ombudsman Republik Indonesia, undang-undang perkhidmatan awam, kod etika disiplin kakitangan awam dan pemilihan kakitangan awam baru menggunakan sistem ujian bantuan komputer yang merupakan kekuatan untuk membasmi perilaku maladministrasi birokrasi. Namun akibat kurangnya penguatkuasaan undang-undang dan lemah penegakan sanksi hukum, sehingga manfaat peraturan tersebut kurang berkesan. Kajian ini mencadangkan satu model amalan maladministrasi birokrasi dari sudut pandang perilaku kakitangan awam.,Ph.D.
Pages: 261
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81026+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.