Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497922
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rahimah Abdul Aziz, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Marzudi Md Yunus (P50745) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:14:45Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:14:45Z | - |
dc.date.issued | 2015-06-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81010 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497922 | - |
dc.description | Dalam sebuah negara multietnik seperti Malaysia, interaksi antara etnik adalah penting bagi membentuk perpaduan sosial. Namun, secara umum interaksi antara etnik boleh dipengaruhi oleh sikap prejudis, fahaman stereotaip dan tindakan diskriminasi yang menyebabkan terbentuknya jarak sosial dan yang kemudiannya menentukan bentuk interaksi sosial yang berlaku. Interaksi sosial yang berlaku dalam negara ini menunjukkan wujudnya jarak sosial yang ketara antara etnik. Sehubungan ini, kajian ini adalah mengenai interaksi sosial dalam sebuah komuniti multietnik.Tujuan umum kajian ini ialah untuk meneliti keadaan interaksi sosial yang wujud dalam sebuah komuniti multietnik, sama ada terdapat sikap prejudis, fahaman stereotaip dan tindakan berbentuk diskriminasi. Kajian yang dilakukan di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah survei dengan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 300 responden, yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India, telah dipilih berdasarkan kaedah pensampelan rawak berstrata mengikut kuota yang telah ditetapkan.Temu bual mendalam juga dilakukan ke atas informan yang terdiri daripada beberapa individu penting dan berperanan dalam komuniti. Teori pilihan rasional digunakan sebagai mendasari perbincangan berkaitan interaksi sosial. Kajian mendapati adanya pengaruh sikap prejudis dan fahaman stereotaip dalam interaksi multietnik, manakala tindakan diskriminasi tidak begitu ketara. Di samping itu, kajian juga mendapati bahawa pengaruh sikap prejudis, fahaman stereotaip dan tindakan diskriminasi telah menghasilkan kesan negatif terhadap interaksi sosial multietnik. Sikap etnosentrisme, rasisme, curiga, penilaian dan pemberian label negatif didapati merupakan punca yang mencetuskan sikap prejudis, fahaman stereotaip dan tindakan diskriminasi dalam komuniti. Interaksi sosial yang dipengaruhi prejudis dan stereotaip negatif telah mewujudkan interaksi sosial yang dominan seperti berkerjasama, bersaing dan berkonflik. Hasil daripada kajian boleh disimpulkan bahawa sikap prejudis, fahaman stereotaip dan tindakan diskriminasi yang wujud telah memberi kesan terhadap kekerapan interaksi dan juga terhadap tahap hubungan etnik dalam komuniti.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Interaksi sosial | |
dc.subject | Pengaruh prejudis | |
dc.subject | Stereotaip | |
dc.subject | Multietnik | |
dc.subject | Wangsa Maju | |
dc.subject | Kuala Lumpur | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengaruh prejudis, stereotaip dan diskriminasi terhadap interaksi sosial multietnik di Wangsa Maju, Kuala Lumpur | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 294 | |
dc.identifier.barcode | 002110(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81010+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 3.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.