Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497877
Title: | Keupayaan pemindahan teknologi amalan pertanian baik oleh pegawai tunas terhadap prestasi pekebun kecil sawit persendirian di Perak dan Sarawak |
Authors: | Izzurazlia Ibrahim (P75791) |
Supervisor: | Abd Hair Awang, Prof. Dr. |
Keywords: | Pekebun kecil Amalan pertanian Sawit Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Sep-2021 |
Description: | Minyak sawit adalah salah satu minyak sayuran yang mempunyai permintaan dan persaingan tinggi di pasaran global. Namun produktiviti sawit pekebun kecil persendirian masih rendah berbanding ladang swasta dan ladang skim kerajaan. Dengan tanah pertanian yang semakin terhad, teknologi amalan pertanian baik sawit yang mesra alam diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi pekebun kecil sawit. Program Tunjuk Ajar dan Khidmat Nasihat Sawit (TUNAS) bertanggungjawab memindahkan teknologi kepada pekebun kecil sawit. Kajian ini menganalisis pemindahan teknologi, penerapan amalan pertanian baik dan impaknya terhadap prestasi pekebun kecil sawit persendirian. Teori penyebaran inovasi dan teori pembelajaran transformatif menjadi asas kepada model hubungkait antara pemindahan teknologi, penerapan amalan pertanian baik dan prestasi pekebun kecil sawit persendirian. Pendekatan kuantitatif digunakan dan meliputi 438 borang soal selidik yang telah diedarkan kepada pekebun kecil sawit persendirian di Teluk Intan, Perak dan Saratok, Sarawak. Alat kajian meliputi lima komponen keupayaan pemindahan teknologi, lima komponen penerapan amalan pertanian baik dan prestasi pekebun diadaptasi dari kajian lalu. Data kajian rintis dianalisis untuk menguji kebolehpercayaan alat pengukuran yang didapati baik dan boleh diterima. Analisis pengesahan faktor digunakan menilai kesahan komponen pengukuran. Model Persamaan Struktural digunakan untuk menguji hubungkait antara keupayaan pemindahan teknologi, penerapan amalan pertanian baik dan prestasi pekebun kecil sawit persendirian. Kajian mendapati hampir keseluruhan komponen keupayaan pemindahan teknologi adalah baik (kebolehan komunikasi, penguasaan pengetahuan pertanian, sikap dan keperibadian dan kepimpinan) kecuali kebolehan tunjuk cara teknik pertanian tahap sederhana. Kebanyakan pekebun belum melaksanakan amalan baik pertanian sepenuhnya dan prestasi pekebun kecil sawit adalah sederhana. Model persamaan struktural membuktikan keupayaan pemindahan teknologi mempunyai kesan langsung positif serta signifikan kepada penerapan amalan pertanian baik dan kesan tidak langsung positif terhadap prestasi pekebun kecil sawit. Amalan pertanian baik oleh pekebun kecil sawit persendirian boleh diperkukuhkan lagi dengan memperkemaskini modul latihan, memperbanyakkan latihan berkala dan perkongsian kejayaan teknologi amalan pertanian baik. Pendekatan kualitatif turut boleh digunakan untuk kajian dimasa hadapan bagi mengembangkan korpus ilmu ini yang banyak menggunakan pendekatan kuantitatif,Ph.D |
Pages: | 296 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127434+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 473.72 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.