Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497865
Title: Fahaman Syiah dan keselamatan nasional negara Malaysia
Authors: Abdul Halim Daud (P83662)
Supervisor: Zarina Othman, Prof. Dr.
Keywords: Fahaman Syiah -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jan-2020
Description: Berakhirnya Perang Dingin membuka ruang kepada para sarjana untuk memikirkan kembali persoalan keselamatan nasional terutama berkaitan isu ancaman berbentuk tidak tradisional. Di Malaysia, Islam diperakui sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan, manakala fahaman Sunni menjadi pegangan penduduk majoriti. Namun, ajaran Syiah iaitu fahaman rasmi Republik Islam Iran telah tersebar di Malaysia terutamanya selepas Revolusi Iran 1979. Pada tahun 1996, Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengharamkan fahaman Syiah ini dengan hujah ia menyeleweng daripada pegangan Islam di Malaysia. Kementerian Dalam Negeri Malaysia juga mengambil tindakan yang sama menyekat fahaman ini, dibimbangi ia boleh mencetuskan ancaman terhadap keselamatan nasional. Persoalannya, bagaimana fahaman Syiah boleh mengancam keselamatan nasional negara Malaysia sedangkan ia hanyalah pegangan kelompok minoriti. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu pertama, mengenal pasti punca pertembungan antara fahaman Sunni-Syiah dan bagaimana ia menggugat kestabilan Rantau Timur Tengah; kedua, mengkaji impak sebaran fahaman Syiah terhadap keselamatan nasional negara Malaysia; dan ketiga, menganalisis kesan pengharaman fahaman Syiah terhadap hubungan luar Malaysia-Iran. Teori konstruktivisme dan sekuritisasi digunakan dalam kajian ini sebagai alat analisis. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana kajian lapangan telah dijalankan pada tahun 2017 di beberapa bandar besar di Iran termasuklah Qom,iaitu pusat pengajian utama Syiah di dunia. Pemerhatian secara bukan penyertaan juga dijalankan di Selangor, Kelantan dan Kedah antara tahun 2017 - 2019. Temu bual tidak berstruktur telah dijalankan dengan pembuat dasar dari agensi keselamatan dan Jabatan Agama, Pertubuhan Bukan Kerajaan, pakar bidang daripada kalangan ahli akademik dan juga penganut fahaman Syiah Malaysia. Dapatan kajian mendapati punca utama pertembungan antara Sunni-Syiah di Timur Tengah disebabkan oleh perbezaan fahaman, isu-isu politik, pemerintahan autokratik dan kelemahan sistem demokrasi di negara-negara seperti Syria, Iraq, Yaman, Bahrain, Arab Saudi termasuklah di Iran. Di Malaysia, kelompok Syiah yang menganggap para Imam (Ketua Negara) suci dari dosa dan tindakan menuduh para Sahabat Rasulullah S.A.W., telah memecah belahkan perpaduan masyarakat Islam. Malah ia juga menjejaskan keharmonian agama Islam kerana menggugat nilai-nilai teras negara dan seterusnya Kerajaan Malaysia telah mengkonstruk dan mensekuritisasikan isu ini. Walau bagaimanapun, pengharaman fahaman Syiah di Malaysia tidak menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia-Iran, bahkan petunjuk ekonomi dan kerjasama sosial kedua negara ini semakin meningkat.,Ph.D.
Pages: 347
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124875+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
849.59 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.