Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497827
Title: Konsep gerak Bahasa Melayu berdasarkan teori struktur konseptual
Authors: Nurul Jamilah Rosly (P82363)
Supervisor: Maslida Yusof, Prof. Madya Dr.
Keywords: Malay language -- Usage
Malay language -- Political aspects
Malay language -- Malaysia -- Political aspects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Sep-2019
Description: Pengelasan gerak serta memahami makna gerak merupakan suatu usaha yang sukar. Lazimnya, gerak dikaitkan dengan perbuatan atau tindakan yang ditunjukkan melalui kata kerja. Walau bagaimanapun, gerak juga boleh berlaku dalam bentuk yang abstrak. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menunjukkan gerak dan makna gerak berdasarkan representasi struktur konseptual dan struktur sintaksisnya. Kajian ini menggunakan sepenuhnya Teori Struktur Konseptual (TSK). Teori Struktur Konseptual merupakan teori yang menjelaskan representasi gerak secara abstrak berdasarkan set kategori ontologi dalam konstituen. Data kajian menggunakan janaan konkordons dalam Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makna gerak boleh dibahagikan kepada gerak bersifat ruang dan gerak bersifat bukan ruang. Gerak bersifat ruang terdiri daripada gerak bersifat arah, gerak bersifat tambah, gerak bersifat menjadi dan gerak bersifat kausatif. Manakala gerak bukan ruang pula terdiri daripada gerak bukan ruang bersifat masa, gerak bukan ruang bersifat pemilikan, gerak bukan ruang bersifat keadaan dan gerak bukan ruang bersifat kewujudan. Gerak ruang dan bukan ruang ini boleh hadir bersama fungsi preposisi yang dikaitkan dengan Hala bersifat terikat, Hala bersifat arah dan Hala bersifat laluan. Kehadiran jenis preposisi ini dalam struktur makna gerak boleh diramalkan berdasarkan kefahaman dalam peraturan argumen dan adjung yang sentiasa berkerjasama antara representasi struktur konseptual dengan representasi ruang bagi menyediakan maklumat semantik dalam konstituens gerak ruang dan bukan ruang. Terdapat lima jenis peraturan argumen-adjung yang terlibat iaitu dalam pemetaan makna gerak bersama preposisi iaitu Peraturan Argumen Adjung Frasa Preposisi (dari, daripada, ke & kepada), Peraturan Adjung Penerima Frasa Nama (kepada-daripada), Peraturan Adjung Keputusan (pada) dan (selama), Peraturan Adjung Predikat Gambaran (di) dan Peraturan Adjung Perpindahan (kepada). Pemetaan argumen bersama adjung, juga merepresentasikan fungsi Frasa Preposisi kepada representasi ruang dengan adanya konseptualan objek dalam preposisi seperti terbentuknya DIMENSI 0d, DIMENSI 2d, DIMENSI 1d ARAH dan DIMENSI 2 (0 +e) d ARAH. Perbezaaan dan pencirian makna gerak juga jelas dilihat dalam hubungan pemetaan struktur konseptual bersama struktur sintaksis dalam bentuk tatabahasa yang mudah dengan melibatkan peranan Fungsi Utama dan Fungsi Argumen pada struktur klausa dalaman dan luaran. Oleh itu, kajian ini memberikan sumbangan terhadap pemetaan pada argumen gerak berdasarkan struktur luaran dan struktur dalaman yang membolehkan satu pengelasan pada makna gerak dapat dilakukan secara sistematik dan gramatis.,Ph.D.
Pages: 278
Call Number: PL5117.N837 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121490+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.