Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497824
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Rahim Kamaluddin, Dr.
dc.contributor.authorNazira Hj. Sadiron (P84896)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:11:25Z-
dc.date.available2023-10-13T08:11:25Z-
dc.date.issued2019-10-09
dc.identifier.otherukmvital:121489
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497824-
dc.descriptionIsu penagihan dadah merupakan suatu gejala sosial yang serius dan semakin sukar untuk dikawal. Di Malaysia khususnya, trend penagihan dadah telah menunjukkan indikator bahawa masalah penagihan dadah masih menjadi-jadi seterusnya menjadi musuh pertama Negara walaupun telah diperangi selama hampir 40 tahun. Walaupun pelbagai kajian telah dilakukan demi mencari faktor keterlibatan dan keparahan dalam penagihan dadah, faktor psikologikal individu masih kurang diterokai dan peranan aspek kawalan diri dalam isu penagihan dadah ini juga belum dikenalpasti khususnya dalam konteks Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti profil psikologi yang merangkumi aspek personaliti, faktor emosi, faktor kognitif dan faktor tingkah laku; dan melihat hubungannya serta pengaruhnya terhadap tahap keparahan penagihan dadah dalam kalangan penagih dadah lelaki di Malaysia. Disamping itu, kajian ini turut melihat pengaruh kawalan diri sebagai pengantara antara profil psikologi dan tahap keparahan penagihan dadah. Kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk keratan rentas secara pemerhatian ini telah dilakukan dalam kalangan 300 Orang Kena Pengawasan (OKP) lelaki di 10 buah AADK Daerah di Semenanjung Malaysia. Satu set soal selidik yang dinamakan sebagai PsychoADDICT yang mengandungi enam instrumen yang telah disahkan dalam Bahasa Malaysia iaitu Zuckerman Kuhlman Personality Questionnaire, Aggressive Questionnaire, Self-control Questionnaire, How I Think Questionnaire, Instrumen yang mengukur tingkah laku mencederakan diri dan Instrumen Tahap Keparahan Penagihan Dadah; digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Dapatan kajian mendapati kesemua aspek psikologi mempunyai pengaruh signifikan terhadap tahap keparahan penagihan dadah kecuali tret personaliti Activity. Analisis linear pelbagai pula mendapati hanya dua faktor psikologi iaitu Pengherotan Kognitif dan Neuroticism-Anxiety mempunyai pengaruh signifikan terhadap tahap keparahan penagihan dadah. Akhir sekali, kawalan diri didapati tidak berperanan sebagai pengantara antara profil psikologi dan tahap keparahan penagihan dadah. Dapatan kajian ini dipercayai dapat dijadikan sumber rujukan utama dalam pembangunan modul intervensi atau saringan dalam menangani isu dadah disemua peringkat samada secara individu, keluarga, institusi atau organisasi dalam membanteras isu penyalahgunaan dadah di Malaysia.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectDrug abuse -- Malaysia
dc.subjectDrug abuse -- Treatment -- Malaysia
dc.subjectDrug abuse -- Malaysia -- Prevention
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh profil psikologi dan kawalan diri sebagai pengantara terhadap keparahan penagihan dalam kalangan orang kena pengawasan di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages205
dc.identifier.callnoHV5840.M34N339 2019 tesis
dc.identifier.barcode004868(2020)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121489+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.