Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497822
Title: Peranan niat bekerja dan tingkah laku kewargaan organisasi sebagai pengantara dalam pengaruh keghairahan bekerja ke atas komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah di Selangor
Authors: Amalina Ibrahim (P78294)
Supervisor: Fatimah wati Halim, Dr.
Keywords: Education -- Malaysia
Teachers -- Malaysia
Schools -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Sep-2019
Description: Komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah harus diberi perhatian bagi mengekalkan guru dengan organisasi dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk organisasi. Tahap komitmen yang rendah kepada organisasi akan menyebabkan guru sekolah meninggalkan organisasi. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh faktor-faktor keghairahan bekerja, niat bekerja dan tingkah laku kewargaan organisasi ke atas komitmen organisasi. Seterusnya, menentukan peranan niat bekerja dan tingkah laku kewargaan organisasi sebagai mediator dalam pengaruh faktor-faktor keghairahan bekerja ke atas komitmen organisasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan tinjauan ke atas seramai 355 guru sekolah di Selangor yang dipilih melalui persampelan rawak berkelompok pelbagai peringkat. Analisis deskriptif melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) digunakan untuk menentukan min faktor-faktor keghairahan bekerja, niat bekerja, tingkah laku kewargaan organisasi dan komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah, manakala, analisis Structural Equation Modeling (SEM) melalui perisian AMOS digunakan bagi menguji objektif kajian. Analisis SEM menunjukkan model pengukuran (faktor-faktor keghairahan bekerja, niat bekerja, tingkah laku kewargaan organisasi dan komitmen organisasi) mencapai nilai kesepadanan model yang baik (RMSEA = 0.08, GFI = 0.92, CFI = 0.95, TLI = 0.94, p = 0.00 dan CMIN/df = 3.01) dan mencapai kesepadanan model struktural spesifikasi semula yang baik dengan data kajian (RMSEA = 0.08, GFI = 0.92, CFI = 0.95, TLI = 0.94, p = 0.00 dan CMIN/df = 3.10). Dapatan juga menunjukkan terdapat pengaruh langsung faktor-faktor keghairahan bekerja iaitu faktor kerja serta niat bekerja dan tingkah laku kewargaan organisasi yang signifikan ke atas komitmen organisasi, tetapi tiada pengaruh langsung yang signifikan faktor organisasi dan faktor individu ke atas komitmen organisasi. Keputusan mendapati terdapat pengaruh langsung yang signifikan faktor-faktor keghairahan bekerja ke atas niat bekerja, tetapi tiada pengaruh langsung yang signifikan tingkah laku kewargaan organisasi. Selain itu, terdapat pengaruh langsung yang signifikan niat bekerja ke atas tingkah laku kewargaan organisasi. Seterusnya, terdapat peranan niat bekerja dan tingkah laku kewargaan organisasi sebagai mediator dalam pengaruh tidak langsung faktor-faktor keghairahan bekerja ke atas komitmen organisasi. Kesemua peramal menyumbang sebanyak 71% varian ke atas komitmen organisasi. Secara keseluruhan, kajian ini dapat membantu pelbagai pihak khususnya pihak organisasi sekolah dan guru sekolah, bagi meningkatkan komitmen organisasi dengan mengambil kira faktor-faktor keghairahan bekerja, niat bekerja dan tingkah laku kewargaan organisasi.,Ph.D.
Pages: 264
Call Number: LA1236.A463 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121487+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.