Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497815
Title: Penguasaan aliran tematik teks pelajar bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing
Authors: Azlina Mohd Sera'ai (P69591)
Supervisor: Idris Aman, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Linguistics
Applied linguistics
Language and education
Philology
Issue Date: 31-Oct-2016
Description: Aliran tematik adalah berkenaan cara idea dilanjutkan ayat demi ayat dalam teks. Dengan itu, aliran tematik merupakan unsur penting dalam penghasilan sesebuah teks. Sungguhpun begitu, kajian penghasilan teks sebagai bahasa asing banyak tertumpu kepada kajian dimensi linguistik, pembelajaran dan pengajaran dan eksperimental benar. Namun, kajian tematik dimensi linguistik hanya membicarakan aliran tematik di sekitar teks tanpa mengambil kira pembolehubah lain seperti kategori pelajar, gender, bidang pengajian dan bangsa. Bahkan, kajian penghasilan teks sebagai bahasa asing selain bahasa Inggeris amat terhad dan kebanyakannya memfokuskan hasil penulisan yang berlatarbelakangkan Barat. Maka, kajian ini berobjektif mengenal pasti, menghuraikan dan menjelaskan penguasaan aliran tematik dalam teks yang dihasilkan oleh pelajar tahap lanjutan bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing dari angkubah kategori pelajar, gender, bidang pengajian dan bangsa. Kajian ini menganalisis 30 teks naratif dan 30 teks ekspositori yang melibatkan 207 unit perenggan. Pergerakan idea dalam setiap perenggan dianalisis berpandukan kerangka skema aliran tematik, Rema Regresi, Rema Ulangan, Tema Rencam, Box Development dan Pair to Single Development. Hasil kajian memaparkan, pelajar bahasa asing mewacanakan idea penulisan menerusi pelbagai konfigurasi aliran tematik tanpa peka kepada genre penulisan. Kategori pelajar, gender dan bidang pengajian pula secara hakikatnya tidak memainkan peranan dan tidak mempengaruhi pembinaan aliran tematik mereka. Namun, pengaliran idea mereka dipengaruhi oleh pembolehubah bangsa. Maka dapatan ini memberi interpretasi bahawa pemanfaatan kepelbagaian konfigurasi aliran tematik dianggap sebagai suatu tindakan luar pengetahuan mereka yang akhirnya menyebabkan pembolehubah kategori pelajar, gender dan bidang pengajian tidak memberikan kesan kepada pengaliran idea mereka. Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka belajar di tahap lanjutan, namun masih belum berupaya menguasai aspek aliran tematik dengan sebaik-baiknya. Hal sedemikan wujud akibat daripada kekangan linguistik dan budaya. Namun begitu, teks yang dihasilkan secara realitinya memaparkan elemen dan tradisi budaya tempat asal mereka (Timur). Walaupun janggal dari kaca mata budaya lain, inilah cara penulisan yang dipilih oleh pelajar bahasa asing di negara bukan natif.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 225
Call Number: P121.A995 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121074+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.