Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497799
Title: | Perubahan rejim dan kekerasan sosial di Indonesia |
Authors: | Nurus Shalihin (P32300) |
Supervisor: | Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Ulung Datuk Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Regime change-Indonesia Duress (Law) Political violence-Indonesia Democratization-Indonesia Indonesia-Politics and government |
Issue Date: | 6-Jan-2012 |
Description: | Usaha dalam pembinaan negara-bangsa di negara membangun yang menggunakan sistem demokrasi sering menghadapi cabaran besar dalam melaksanakan transformasi, khususnya, dalam bentuk perubahan rejim. Ada yang berlaku secara aman dan ada pula yang berlaku secara kekerasan. Pengalaman Indonesia menunjukkan pola kekerasan dalam setiap perubahan rejim politik, misalnya, perubahan rejim politik daripada Orde Lama kepada Orde Baru (1966) dan daripada rejim politik Orde Baru kepada Orde Reformasi (1998). Pemberontakan di pelbagai wilayah pada tahun 1950an, kemudian meletupnya Gerakan 30 September "G/30/S-PKI", dalam mana ratusan ribu nyawa orang awam terkorban pada tahun 1965-1966, serangkaian peristiwa kekerasan sosial sepanjang tahun 1997-1998, serta meletupnya pelbagai kekerasan sosial pasca reformasi 1999-2002 merupakan bukti sejarah yang tidak dapat disangkal. Kajian ini bertujuan untuk menjawab mengapa Indonesia sentiasa mengalami kekacauan berdarah setiap berlakunya proses perubahan rejim politik. Secara spesifik kajian ini cuba mengenal pasti faktor-faktor sosialogikal menyebabkan unsur-unsur kekerasan dalam proses peralihan rejim politik di Indoensia. Kajian ini juga cuba mengenalpasti hubungan antara transisi demokrasi dengan munculnya pelbagai tindakan kekerasan yang melanda Indonesia akhir-akhir ini. Paradigma konstruktivisme dengan pendekatan hermeunetika dan sosiologi historis telah dijadikan sebagai alat analisis sekaligus kaedah penyelidikan. Data telah dianalisis menggunakan pendekatan interpretasi dan historiografi. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan kekerasan secara kolektif adalah merupakan maklumbalas, bantahan terhadap berlakunya ketidakadilan, ketidakselarasan dan salah guna kuasa yang sewenang-wenangnya oleh setiap rejim politik tersebut. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa krisis ekonomi, krisis politik dan tuntutan demokrasi merupakan penyumbang utama terhadap munculnya pelbagai tindakan kekerasan sosial menjelang dan setelah pergantian rejim berkenaan. Pada masa yang sama lemah dan belum memadainya institusi sosial politik dan hukum, pengalaman menuju transisi, terpecah belahnya kekuatan elit, dan tidak stabilnya keadaan sosial perekonomian telah menyebabkan tidak terasasnya demokrasi dengan mantap. Justeru ketidakmantapan demokrasi menjadi alasan utama memuncak dan berlaku dengan meluasnya kekerasan sosial pasca pergantian rejim politik di Indonesia.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 299 |
Call Number: | JC489.N845 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120756+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 962.33 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.