Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497740
Title: Model strategi maritim dan keselamatan nasional Indonesia
Authors: Buddy Suseto (P84651)
Supervisor: Zarina Othman, Prof. Dr.
Keywords: Sea-power -- Indonesia
National security -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2019
Description: Keselamatan nasional, mempertahankan kelangsungan hidup sesebuah negara berdaulat, adalah matlamat negara. Ia penting bagi negara-negara maritim dan juga bagi negara tanah besar. Indonesia merupakan sebuah negara maritim terbesar di dunia dan memiliki tiga jalur laut antarabangsa yang utama iaitu, Selat Melaka, Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Walaupun begitu, Indonesia tidak mempunyai strategi maritim bagi menjaga kepentingan keselamatan nasionalnya. Persoalannya, apakah bentuk strategi maritim yang sesuai bagi Indonesia. Dengan mengkaji sorotan kajian lepas dan model-model strategi maritim negara maju dan sedang membangun, tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah model strategi maritim yang boleh diguna pakai oleh negara Indonesia. Kajian ini berpandukan tiga objektif utama, iaitu menelusuri sejarah maritim kepulauan Indonesia dengan fokus analisis diberi kepada kesan strategi maritim terhadap keselamatan nasional Indonesia, mengkaji strategi maritim kontemporari Indonesia, mencadangkan model strategi maritim berpaksikan teori dan pragmatisme yang bersesuaian dengan Indonesia. Kajian ini memanfaatkan data temu bual pakar serta kajian lapangan yang diperoleh sewaktu kajian lapangan di sekitar Indonesia dan Britain pada tahun 2017. Bagi menguatkan analisis, kajian ini turut memperoleh bahan rujukan sekunder dari arkib dan perpustakaan di Malaysia, Indonesia dan Britain. Hasil kajian menunjukkan bahawa sejarah maritim kepulauan Indonesia telah bermula sejak tahun abad ke 14 iaitu ketika zaman kegemilangan kerajaan Majapahit yang meliputi wilayah laut dan kepulauan Nusantara. Dalam konteks moden Indonesia pula, walaupun Indonesia tidak mempunyai strategi maritim, tetapi ia mempunyai Dasar Polisi Indonesia yang berfungsi menangani permasalahan dan ancaman tradisional dan bukan tradisional tetapi ianya tidak komprehensif. Berdasarkan perbandingan dengan beberapa strategi maritim negara seperti Britain, India dan Amerika, kajian ini telah mencadangkan empat bentuk strategi maritim Indonesia terdiri daripada Strategi ketika aman, strategi masa perang, strategi lingkungan maritim, dan strategi keselamatan pesisir. Keupayaan ini dapat mewujudkan strategi maritim dan melindungi keselamatan nasional Indonesia. Hal ini mengambil kira perubahan politik semasa, kepelbagaian ancaman yang dibawa oleh aktor bukan negara, persaingan kuasa besar di rantau dan ancaman dalaman Indonesia seperti di Papua. Diharapkan kajian ini dapat menyumbangkan model strategi maritim untuk tentera laut dan kekuatan maritim yang terdiri dari gabungan angkatan laut dan armada sivil. Ia juga dapat menyumbang terhadap khazanah ilmu berkaitan isu-isu ancaman keselamatan nasional.,Ph.D.
Pages: 332
Call Number: VA667.I57S937 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117888+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.