Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497712
Title: Buli sebagai pengantara di antara iklim organisasi dan personaliti terhadap kemurungan, ketidakhadiran, dan niat berhenti kerja: pengujian model tingkah laku buli di tempat kerja
Authors: Hairul Akmal Mohd Halim (P79838)
Supervisor: Fatimah wati Halim, Dr.
Keywords: Bullying in the workplace
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Apr-2019
Description: Peningkatan terhadap jumlah masalah kesihatan mental telah menarik perhatian para pengkaji bahawa tingkah laku buli boleh membawa kepada penurunan dalam produktiviti organisasi. Sehingga kini, kurangnya kajian yang menguji model penyebab-akibat tingkah laku buli khususnya dalam mengenalpasti iklim organisasi dan personaliti lima faktor sebagai faktor-faktor penyebab terhadap kemurungan, ketidakhadiran, dan niat berhenti kerja. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk menguji kesepadanan model penyebab-akibat tingkah laku buli secara serentak. Model tingkah laku buli ini terdiri daripada tingkah laku buli sebagai pengantara di antara iklim organisasi serta lima faktor personaliti iaitu keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan, dan neurotisisme. Faktor-faktor ini mewakili faktor penyebab terhadap kemurungan, ketidakhadiran, dan niat berhenti kerja. Alat pengukuran yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data terdiri daripada International Personality Items Pool (IPIP), Majer D' Amato Organizational Questionnaire-Revised (MDOQ10), Negative Act Questionnaire Revised (NAQ-R), Beck Depression Index Malay Version (BDI), Propensity to Leave Index (PLI). Data ketidakhadiran diambil daripada cuti sakit yang diakui sendiri oleh responden. Data dikumpul daripada 340 jururawat di sebuah hospital awam dan analisis menggunakan analisis pengesahan faktor (CFA-Confirmatory Factor Analysis) dan model persamaan struktur (SEM-Structural Equation Modelling) melalui program IBM SPSS AMOS 20. Keputusan analisis CFA dan SEM hipotesis model penyebab akibat tingkah laku buli di tempat kerja tidak mempunyai indeks padanan yang baik, oleh itu model tersebut dilakukan modifikasi dan spesifikasi semula untuk menjelaskan hubungan penyebab berdasarkan indeks goodness of fit dengan lebih baik dan wajar bagi enam pembolehubah tersebut. Keputusan hasil kajian mendapati hanya faktor kehematan (β=-.15) dan iklim organisasi (β=-.37) mempengaruhi tingkah laku buli (RMC=16%) dan akibatnya tingkah laku buli (β=.37) mempengaruhi kemurungan (RMC=23%). Faktor personaliti kepersetujuan yang rendah dan ekstraversi mempunyai pengaruh langsung ke atas ketidakhadiran. Iklim organisasi dan personaliti ekstraversi pula mempunyai pengaruh langsung secara negatif ke atas niat berhenti kerja. Tingkah laku buli hanya berperanan sebagai pengantara penting di antara pengaruh kehematan dan iklim organisasi terhadap kemurungan. Kemurungan dan niat berhenti kerja juga menjadi pembolehubah pengantara yang penting terhadap pengaruh personaliti neurotisisme, iklim organisasi, dan tingkah laku buli bagi kemurungan dan ekstraversi dan iklim organisasi bagi niat berhenti kerja ke atas ketidakhadiran. Kesemua faktor penyebab menyumbang sebanyak 23% varians ke atas kemurungan, 15 % varians ke atas ketidakhadiran, dan 10% ke atas niat berhenti kerja. Justeru, dapatan kajian ini dapat membantu para penyelidik dan organisasi dalam memahami proses tingkah laku buli melalui faktor personaliti dan iklim organisasi yang boleh mengarah kepada kemurungan dalam kalangan jururawat. Dapatan juga menunjukkan selain tingkah laku buli, kemurungan dan niat berhenti kerja didapati menjadi pengantara penting kepada ketidakhadiran di tempat kerja.,Ph.D.
Pages: 325
Call Number: HF5549.5.E43H335 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117320+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.