Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497663
Title: Analisis faktor peramal perilaku pengundi pada pilihan raya Gabenor/Timbalan Gabenor di Sulawesi Selatan Indonesia
Authors: Muhammad Daud Baharuddin (P45379)
Supervisor: Rozmi Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Voting -- Indonesia
Elections -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Sep-2018
Description: Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh faktor sosiologi, psikologi, status sosioekonomi dan media massa, terhadap perilaku pengundi pada pilihan raya kecil calon Gabenor/Timbalan Gabenor Sulawesi Selatan Indonesia. Kajian ini menggunakan reka bentuk jenis campuran iaitu kaedah survei menggunakan soal selidik dan temu bual serta perbincangan kumpulan berfokus (PKB). Dalam metod survei, reka bentuk ex-post facto digunakan yang melibatkan 600 orang responden (pengundi) di enam buah bandar (kabupaten/kota) di Sulawesi Selatan. Soal selidik yang digunakan adalah skala faktor-faktor peramal perilaku pengundi dan skala perilaku pengundi. Hasil kajian menunjukkan bahawa latar belakang demografi pengundi kecuali jantina mempunyai hubungan positif dengan undian calon Gabenor/Timbalan Gabenor. Selanjutnya, hasil analisis SEM menunjukkan wujud pengaruh langsung faktor sosiologi, faktor sosio-ekonomi dan faktor media massa terhadap perilaku mengundi yang signifikan, manakala pengaruh langsung faktor psikologi terhadap perilaku pengundi tidak signifikan. Selanjutnya pengaruh tidak langsung faktor psikologi dan faktor ekonomi terhadap perilaku pengundi melalui media massa juga signifikan, manakala pengaruh tidak langsung faktor sosiologi terhadap perilaku pengundi melalui media massa tidak signifikan. Hasil kajian kualitatif melalui perbincangan kumpulan berfokus (PKB) dan temu bual dengan tokoh masyarakat terpilih sebagai pengundi, mengesahkan bahawa faktor-faktor peramal perilaku pengundi di atas memperlihatkan adanya hubungan kait dengan kecenderungan pola perilaku pengundi dalam membuang undi terhadap calon Gabenor dan Timbalan Gabenor. Implikasi kajian ini menunjukkan faktor sosiologi, psikologi, sosio-ekonomi dan media massa adalah peramal utama dalam mempengaruhi pola perilaku pengundi di Sulawesi Selatan, Indonesia.,Ph.D.
Pages: 307
Call Number: JF1001.M833 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106618+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.