Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497662
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRahimah Abdul Aziz, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMashrom Muda (P64162)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:07:17Z-
dc.date.available2023-10-13T08:07:17Z-
dc.date.issued2018-09-21-
dc.identifier.otherukmvital:106617-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497662-
dc.descriptionSeseorang wanita yang dijangkiti Human Immunodeficiency Virus (HIV) positif terpaksa berhadapan dengan banyak masalah. Selain bertarung dengan masalah kesihatan yang tidak menentu, penghidap HIV wanita turut berhadapan dengan pelbagai aspek sosial dan ekonomi yang menjejaskan kualiti kehidupan mereka. Justeru, untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik, penghidap wanita terpaksa memperkasakan diri mereka dengan pelbagai bentuk pemerkasaan. Kajian ini yang berkenaan dengan kualiti kehidupan wanita yang dijangkiti HIV positif dan usaha mereka memperkasakan diri telah dijalankan di Daerah Besut (Terengganu) dan Jajahan Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu (Kelantan). Terdapat empat objektif kajian iaitu, (i) mengenal pasti sebab wanita mudah dijangkiti HIV positif; (ii) mengenal pasti bentuk disempowerment yang berlaku ke atas wanita HIV positif; (iii) meneliti faktor yang mempengaruhi kemerosotan kualiti hidup wanita HIV positif dan (iv) mendalami bentuk pemerkasaan diri untuk meneruskan kehidupan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Manakala untuk mengumpul data dan maklumat, kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta digunakan. Melalui teknik pensampelan bertujuan, seramai 20 orang wanita yang dijangkiti HIV positif telah dipilih sebagai informan. Teori Pelabelan dan Teori Dramaturgy oleh Erving Goffman (1959) digunakan bagi membantu menganalisis dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa, selepas dijangkiti, timbul pelbagai masalah kesihatan sama ada secara fizikal, mental atau emosi sehingga menyebabkan penghidap lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Pada masa yang sama mereka sukar untuk mencari dan mendapatkan pekerjaan kerana stigma dan diskriminasi anggota masyarakat sehingga kualiti hidup semakin merosot. Disebabkan oleh kualiti hidup yang merosot, penghidap HIV positif wanita mula memperkasakan diri melalui pelbagai cara. Kesimpulannya, walaupun penghidap HIV positif wanita pada satu tahap kualiti hidupnya terjejas, namun mereka tetap berusaha untuk memperkasakan diri walaupun terpaksa "berlakon" dan "menipu". Malahan, mereka berpenampilan, berperwatakan dan berkelakuan seperti individu yang sihat dan seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun mereka sebenarnya adalah penghidap HIV positif.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSelf-actualization (Psychology) in women-
dc.subjectHIV-positive women -- Conduct of life -- Malaysia-
dc.subjectAIDS (Disease) in women -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleWanita dan jangkitan HIV positif: kualiti kehidupan dan pemerkasaan diri-
dc.typeTheses-
dc.format.pages287-
dc.identifier.callnoBF637.S4M378 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003779(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106617+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.