Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497631
Title: | Amalan perancangan keluarga dalam kalangan tentera wanita: kajian kes di Kementerian Pertahanan Malaysia |
Authors: | Nor Azlili Hassan (P43289) |
Supervisor: | Mimi Hanida Abdul Mutalib, Dr. |
Keywords: | Perancangan keluarga Birth control -- Malaysia |
Issue Date: | 3-May-2018 |
Description: | Kajian ini mengkaji amalan perancangan keluarga dalam kalangan tentera wanita sejajar dengan pengalaman mereka untuk mengimbangi antara tuntutan kerja dan keluarga. Tentera wanita juga dipengaruhi oleh perubahan-perubahan idea semasa dan didedahkan dengan amalan perancangan keluarga untuk mendapatkan jumlah anak yang ideal. Pengaruh idea dan pendedahan ini boleh meningkatkan kebolehan seseorang tentera wanita untuk memanipulasi proses reproduktif semasa berkhidmat dalam tentera. Kajian ini penting untuk mengetahui sejauh manakah tentera wanita telah dipengaruhi oleh nilai, norma dan tingkah laku yang akhirnya memberi kesan kepada statusnya sebagai seorang tentera wanita dan amalan perancangan keluarganya. Tiga tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti amalan dan kaedah perancangan keluarga yang digunakan oleh tentera wanita dan alasan penggunaan kaedah tersebut; kedua, mengenal pasti persepsi dan kepercayaan tentera wanita terhadap nilai anak dan ketiga, mengenal pasti kesan amalan perancangan keluarga ke atas tentera wanita. Berdasarkan Teori Ideasional, amalan perancangan keluarga tentera wanita disesuaikan untuk meninjau pengaruh pendedahan ideasional tentera wanita ke atas amalan perancangan keluarga untuk mengawal sistem reproduktif. Kaedah kajian adalah kaedah kualitatif dengan menggunakan temu bual secara mendalam terhadap 15 orang informan yang terdiri daripada tentera wanita yang telah berkahwin, berumur 28 hingga 41 tahun dan bekerja di Kem Kementah. Data kualitatif ini dianalisis dengan menggunakan analisis tema. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tentera wanita mempunyai pengetahuan tentang dan mengamalkan perancangan keluarga. Tambahan pula, tentera wanita memainkan peranan yang penting dalam memutuskan untuk mengamalkan perancangan keluarga. Pendidikan mempunyai kesan langsung dan tidak langsung terhadap perancangan keluarga. Kajian ini menunjukkan bahawa pendidikan adalah faktor yang penting dalam menjelaskan perbezaan amalan perancangan keluarga di semua peringkat umur yang turut memberikan kuasa kepada wanita dalam hal ehwal merancang keluarga. Selain itu, kepercayaan tentera wanita tentang nilai seseorang anak mempengaruhi mereka untuk mengamalkan perancangan keluarga. Akhir sekali, perubahan strategi penyesuaian juga dilakukan oleh tentera wanita kerana terpaksa mengadaptasikan amalan perancangan keluarganya ke dalam corak kerja tentera. Amalan perancangan keluarga dalam kalangan tentera wanita adalah suatu kompromi untuk terus kekal dalam budaya tentera. Tentera wanita didapati bekerja sebelum berkahwin, terus bekerja selepas berkahwin dan mempunyai jumlah anak yang sedikit. Pendedahan ideasional dan nilai rasional Weber memegang bahawa amalan perancangan keluarga tentera wanita dilihat sebagai suatu tindakan rasional dalam teori ideasional.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 285 |
Call Number: | HQ763.6.M4N633 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102380+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 980.69 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.