Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497629
Title: Keberkesanan scaffolding ke atas kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
Authors: Nellie Ismail (P71904)
Supervisor: Khaidzir Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Child development -- Social aspects
Issue Date: 21-Jan-2018
Description: Kanak-kanak prasekolah masih memerlukan sokongan dan bantuan berpanjangan daripada orang dewasa untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Namun, bantuan secara berlebihan akan mengurangkan tahap penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu tugasan yang diberikan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis keberkesanan scaffolding ke atas kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian eksperimental benar kumpulan kawalan pra dan pasca ujian telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini telah dijalankan di Makmal Taman Asuhan dan Makmal Taman Prasekolah, Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak, Universiti Putra Malaysia. Seramai 50 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur di antara 48 hingga 83 bulan dan 40 orang ibu telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Scaffolding telah diukur dengan menggunakan empat strategi iaitu kontinjen, verbal, swing dan demonstrasi. Kemahiran menyelesaikan masalah telah diukur berdasarkan keupayaan kanak-kanak untuk melengkapkan puzzle tanpa sebarang bantuan. Data telah dianalisis dengan menggunakan analisis varians satu hala (ANOVA) dan ujian SPANOVA (split plot ANOVA test). Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu yang menggunakan strategi scaffolding verbal memberikan tahap bantuan paling tinggi dalam sesi scaffolding. Kanak-kanak yang dibantu dengan strategi scaffolding demonstrasi memperoleh skor paling tinggi untuk melengkapkan puzzle tanpa sebarang bantuan dalam sesi scaffolding. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap kemahiran menyelesaikan masalah telah meningkat dari ujian pasca serta-merta ke ujian pasca selang satu minggu dan terus meningkat dalam ujian pasca selang satu bulan. Manakala, terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran menyelesaikan masalah berdasarkan umur kanak-kanak dan tahap pendapatan keluarga. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa proses pembelajaran sewaktu sesi scaffolding dapat diinternalisasikan oleh kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan potensi mereka dengan memberikan scaffolding yang sesuai berdasarkan keperluan dan pencapaian kanak-kanak.,Ph.D.
Pages: 242
Call Number: LB1117.N438 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497629
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100308+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.