Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497624
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jalaluddin Abdul Malek, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Sudirman Sanuddin Hanafiah (P67847) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:06:38Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:06:38Z | - |
dc.date.issued | 2017-11-27 | |
dc.identifier.other | ukmvital:99207 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497624 | - |
dc.description | Pencemaran sampah merupakan satu isu penting yang berlaku di Bandar Makassar. Ibukota Provinsi Sulawesi Selatan ini menghasilkan 3,689 meter padu sampah setiap hari dan berpotensi meningkat dari semasa ke semasa. Kerajaan tempatan telah mengambil langkah yang diperlukan bagi menghadapi cabaran tersebut, namun masih belum mampu menganjurkan program pengurusan sampah yang berkesan. Rendahnya kemandirian komuniti tempatan, terutamanya di kawasan sumber utama sampah seperti pasar tradisional, adalah punca isu ini berkekalan hingga masa kini. Kajian ini bertujuan menganalisis hubungan di antara faktor pengetahuan, sikap dan amalan dengan kemandirian komuniti peniaga, serta menganalisis keberadaan program pemerkasaan ke arah kemandirian komuniti peniaga dalam program pengurusan sampah pasar. Kajian ini dijalankan dengan penggabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data melalui kaji selidik. Sejumlah 311 responden telah dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Manakala pendekatan kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat melalui temubual mendalam kepada enam orang informan, merangkumi Ketua Pengerusi Pasar, Ketua Kebersihan dan Ketua Persatuan Peniaga di Pasar Terong dan Panakukang Makassar. Hasil kajian menunjukkan tidak ada hubungan di antara pengetahuan dan sikap dengan kemandirian komuniti. Manakala untuk amalan, didapati wujud hubungan dengan kemandirian komuniti, dengan tahap sederhana. Segi pemerkasaan, secara kualitatif tidak ada program pemerkasaan ke atas komuniti peniaga, kecuali hanya berupa nasihat dan amaran ketika pengutipan cukai pasar. Berdasarkan hasil kajian tersebut, pengetahuan dan sikap komuniti peniaga yang termasuk kategori baik, belum dapat dipamerkan kerana belum menunjukkan kemandirian. Manakala untuk amalan, perlu ditingkatkan kerana peringkat amalan yang masih di tahap sederhana justeru didapati mempunyai hubungan dengan kemandirian komuniti. Program pemerkasaan perlu digalakkan kerana boleh menjadi alternatif bagi meningkatkan kemandirian komuniti peniaga dalam program pengurusan sampah pasar. Dapatan kajian ini memberi implikasi terhadap ketepatan pengurus pasar dalam memilih program yang sesuai dengan keperluan sebenar. Mengutamakan peningkatan amalan dan pemerkasaan komuniti peniaga amat digalakkan kerana ia merupakan pendekatan strategik bagi menyokong kewujudan bandar lestari.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pencemaran | |
dc.subject | Pemerkasaan | |
dc.subject | Kelestarian | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Kemandirian komuniti peniaga pasar ke arah pengurusan sampah lestari di Bandar Makassar, Indonesia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 387 | |
dc.identifier.barcode | 003260(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99207+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.