Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497609
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShaiful Bahri Md. Radzi, Dr.
dc.contributor.authorMohd Zain Kosnon (P74598)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:06:23Z-
dc.date.available2023-10-13T08:06:23Z-
dc.date.issued2017-08-24
dc.identifier.otherukmvital:97798
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497609-
dc.descriptionKajian ini membicarakan keluarga dan pembangunan negara dalam novel-novel pilihan Azizi Haji Abdullah. Pembicaraan pembangunan negara berkisar ke atas perubahan masyarakat Melayu hasil perlaksanaan dasar-dasar kerajaan pascamerdeka hingga kini. Perubahan ini diterjemahkan menerusi perubahan sosial institusi keluarga yang dilihat daripada aspek sosial, ekonomi dan politik dalam karya menurut tafsiran everyday-defined Azizi memandangkan sastera memfiksyenkan realiti, suatu cerminan kehidupan dalam realiti sosial. Data kajian ini merupakan daripada 10 karya novel Azizi yang meliputi Senja Belum Berakhir, Gadis Itu Bernama Ina, Seorang Tua Di Kaki Gunung, Melukut Kota, Tukcai, Dunia Bukan Syurga, Wi dan William, Buih, Harga Sebuah Maruah dan Mandala Dunia Kedua. Bagi menganalisis perubahan sosial keluarga ini maka teori sosiologi sastera Model Strukturalisme Genetik Lucien Goldmann diaplikasikan. Dapatan kajian membuktikan, Azizi sebagai penyokong tegar PAS menggunakan sastera bagi mengkritik dasar-dasar kerajaan selama enam dekad hingga ke akhir hayatnya. Mengikut masa, walaupun dasar itu berjaya merubah lanskap keluarga tipikal Melayu daripada bersifat tradisional menjadi keluarga yang maju, berpendidikan, profesional dan korporat tetapi dalam konteks sosialnya berlaku kepincangan dalam hubungan kekeluargaan; keruntuhan akhlak dan rohani serta luntur amalan tradisi. Pelaksanaan dasar ekonomi bagi menghapuskan kemiskinan berjaya memberikan ruang dan peluang pekerjaan; kebebasan wanita serta penggunaan amalan sains dan teknologi dalam kehidupan. Sungguhpun begitu, perubahan ini tidak membawa perubahan yang signifikan memandangkan ketirisan berlaku dan orang Melayu tetap berada di takuk lama, miskin di tanah air sendiri. Dalam konteks politik pula, Azizi memanipulasi watak-watak garapannya secara kiasan bagi diasosiasikan dengan tokoh dan pemimpin politik tertentu pencetus masalah kepada orang Melayu. Azizi adalah pengkritik berhemah yang melontarkan pelbagai kritikan membina terhadap pemerintah. Institusi keluarga dijadikan medium perantara dalam pengungkapan kepincangan isu-isu pembangunan negara yang diketengahkannya. Walaupun adakala hampir sama, namun garapan ceritanya tetap segar bagi dimanfaatkan dalam meningkatkan tahap sedar khalayak ke atas segala yang berlaku. Daripada sudut sosiologi, tafsiran everyday-defined Azizi berjaya menyerlahkan realiti perubahan masyarakat yang jelasnya berbeza dengan tafsiran authority-defined dalam proses pembangunan negara lewat penerapan dasar-dasarnya. Sesungguhnya, Azizi adalah pengarang prolifik yang memiliki daya kreativiti dan gaya penulisan tersendiri dalam menampilkan kelainannya. Dapatan kajian menjadi refleksi realiti perubahan institusi kekeluargaan kesan dasar-dasar pembangunan. Ini seterusnya menjadi inspirasi khalayak bagi mencorakkan landskap institusi kekeluargaan yang harmoni dan sejahtera termasuk bermediumkan karya sastera. Dapatan ini juga dapat menjadi penanda aras penggubalan dan penerapan dasar-dasar seterusnya agar selaras kepentingan serta keperluan rakyat. Dengan ini, pembangunan dijalankan berupaya melahirkan masyarakat yang seimbang, kompetitif dan maju selaras matlamat pembinaan tamadun kemanusiaan dihasratkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectInstitusi keluarga
dc.subjectPembangunan negara
dc.subjectNovel
dc.subjectMelayu
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePerubahan keluarga dan masyarakat kesan pembangunan negara berdasarkan novel pilihan Azizi Haji Abdullah
dc.typeTheses
dc.format.pages334
dc.identifier.barcode002987(2017)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97798+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
539.97 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.