Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497578
Title: | Keutamaan pengguna terhadap makanan genetik terubahsuai di Malaysia: kes kajian di Perbandaran Kajang |
Authors: | Goh Hong Lip (P56777) |
Supervisor: | Jamal Othman, Prof. Dr. |
Keywords: | Makanan genetik terubahsuai Pengguna Artibut Kajang Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 18-Sep-2017 |
Description: | Kejayaan pengkomersialan produk bioteknologi boleh dipengaruhi oleh persepsi orang ramai. Namun demikian, kajian terdahulu menunjukkan tinjauan persepsi awam tidak dapat mencerminkan keutamaan pengguna sebenar terhadap makanan genetik terubahsuai (genetically modified food, makanan GM). Oleh itu, suatu kajian ekonomi yang berfokus kepada permintaan pengguna adalah lebih berkesan bagi penggubal dasar untuk merumuskan dasar-dasar berkenaan dengan isu-isu makanan GM. Kajian ini bertujuan mengkaji keutamaan pengguna dan menganggarkan kesanggupan mereka untuk membayar (willingness to pay, WTP) terhadap atribut-atribut makanan GM. Dalam kajian ini, beras GM (makanan GM langsung) dan ayam diberi makanan GM (makanan GM tidak langsung) telah dipilih sebagai senario pasaran. Atribut-atribut makanan GM terpilih adalah skim perlabelan khas, penerimaan agama, asal pengeluaran, impak alam sekitar, dan impak kesihatan. Teknik Model Pilihan (Choice Model, CM) dan Ranking Kontinjen (Contingent Ranking, CR) telah diguna untuk menganggarkan harga tersirat atribut-atribut dan WTP terhadap makanan GM. Selain itu, ukuran kebajikan lebihan terpampas (Compensating surplus, CPS) telah diguna untuk menilai perubahan kebajikan (welfare change) bagi atribut-atribut makanan GM. Sebanyak 386 responden dipilih secara rawak di kawasan perumahan Perbandaran Kajang bagi tinjauan beras GM, manakala 361 untuk tinjauan daging ayam GM. Harga tersirat atribut menerusi kedua-dua model menunjukkan penerimaan agama dan impak kesihatan merupakan atribut paling penting semasa pembelian makanan GM, diikuti dengan asal pengeluaran, impak alam sekitar dan skim perlabelan khas. Keputusan turut menunjukkan responden yang lebih berumur, berpendidikan tinggi, dan mempunyai pengenalan tinggi terhadap isu-isu bioteknologi lebih bercenderung membeli makanan GM. Perbezaan kecil pada harga tersirat serta penyenaraian keutamaan yang hampir serupa pada atribut kedua-dua jenis makanan GM menunjukkan responden tidak menilai makanan GM langsung ataupun tidak langsung secara berbeza. Keputusan CPS menunjukkan pengguna muslim amat sensitif terhadap sifat kehalalan makanan. Status penerimaan agama yang dipertikaikan pada makanan GM akan memberi kesan yang ketara kepada keutamaan pengguna. Kajian ini juga memberi implikasi kepada pembuat dasar bahawa pengguna akan menyokong makanan GM sekiranya terdapat manfaat kesihatan serta tanpa pertikaian agama.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 195 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97148+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 275.74 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.