Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497557
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNovel Lyndon, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorIbrahim Mohamed (P64101)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:05:28Z-
dc.date.available2023-10-13T08:05:28Z-
dc.date.issued2016-08-16
dc.identifier.otherukmvital:84655
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497557-
dc.descriptionTeori modal sosial menyatakan bahawa masyarakat yang mempunyai tahap modal sosial yang tinggi memiliki tahap kefahaman yang tinggi tentang penyakit. Justeru itu, fokus utama kajian ini ialah untuk meneliti dan memerihalkan epidemiologi sosial penagih dadah tegar dan faktor-faktor sosial yang mempengaruhi penularan virus HIV dalam kalangan penagih dadah tegar berisiko tinggi di Malaysia. Faktor-faktor sosial dalam kajian ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu faktor-faktor ketara (tangibles) dan faktor-faktor tidak ketara (intangibles). Sejumlah 312 responden yang sedang dirawat di dua buah Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan sebuah Cure & Care 1 Malaysia Clinic (C&C) di Malaysia, telah dipilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah pensampelan sistematik. Data telah diperoleh menggunakan satu set borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada instrumen Solac dan Irwin (2007). Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 23 dengan penggunaan kaedah statistik parametrik iaitu Analisis Regresi Berganda (Multiple Regression Analysis). Dapatan kajian menunjukkan 96.47% responden berada dalam taraf sosioekonomi yang rendah dan sederhana. Hanya 3.53% responden berada dalam kumpulan taraf sosioekonomi yang tinggi. Sejumlah 60.26% adalah dalam kumpulan umur 26-40 tahun dengan nilai sisihan piawai 1.33. Sejumlah 46.15% responden dilaporkan masih bujang. Kira-kira 84.3% responden menjadikan Heroin, Morfin dan Ganja sebagai pilihan utama. Manakala lebih daripada 50% responden berkongsi jarum suntikan yang sama. Dapatan kajian juga mendapati faktor hubungan dengan rakan-rakan adalah merupakan faktor tidak ketara yang utama menyumbang kepada hampir 81 peratus jangkitan virus HIV. Hasil kajian juga turut mendapati faktor-faktor ketara seperti gaya hidup dan pengetahuan sangat mempengaruhi penularan HIV. Kesimpulannya, petunjuk ruang sosial dan modal sosial merupakan penentu utama dalam Model Epidemiologi Sosial Penagih Tegar dadah berisiko tinggi di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectEpidemiologi sosial
dc.subjectPenagih dadah
dc.subjectVirus HIV
dc.subjectCure & Care Rehabilitation Centre
dc.subjectCure & care 1Malaysia Clinic
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleModel epidemiologi sosial penularan virus HIV dalam kalangan penagih dadah tegar di dua buah Cure and Care Rehabilitation Centre dan sebuah Cure & Care 1Malaysia Clinic di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages265
dc.identifier.barcode002550(2017)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84655+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.