Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497549
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Novel Anak Lyndon, Prof.Madya.Dr. | |
dc.contributor.author | Sri Murni (P39172) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:05:21Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:05:21Z | - |
dc.date.issued | 2014-12-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82284 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497549 | - |
dc.description | Proses pemodenan dan Kristianiti telah memberi pengaruh yang sangat besar kepada kehidupan orang Dayak Benuaq yang tinggal di Kampung Pondok Labu, Desa Loa Ipuh Darat, Daerah Tenggarong, Bandar Kutai Kertanegara, Wilayah Kalimantan Timur, Indonesia. Walaupun begitu, kedua-dua proses ini tidak mampu mengubah kebergantungan orang Dayak Benuaq terhadap upacara perubatan secara tradisional. Upacara perubatan tradisional melalui upacara Beliantnt Sentiyu masih lagi terus diamalkan, dikekalkan dan diperteguhkan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, fokus utama kajian ini ialah untuk meneliti makna upacara Beliatnt Sentiyu menurut pandangan dunia orang Dayak Benuaq. Hal ini kerana pemaknaan terhadap upacara Beliatnt Sentiyu ini telah menyebabkan upacara ini terus kekal menjadi budaya dan identiti orang Dayak Benuaq. Penelitian kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan ontologi idealis dan epistemologi interpretasi. Pengungkapan makna upacara Beliatnt Sentiyu dalam kajian ini adalah mengikut konsep tafsir budaya oleh Geertz. Data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan pemerhatian tidak turut serta dan temubual mendalam. Sejumlah 12 informan yang terdiri daripada Kepala Adat, Penyembuh, Penolong Penyembuh dan Pesakit telah dipilih untuk ditemubual secara mendalam dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati upacara Beliatnt Sentiyu menurut orang Dayak Benuaq merujuk kepada hubungan seimbang antara manusia, alam dan Tuhan. Kajian juga turut mendapati kewujudan penyakit dalam kalangan manusia disebabkan oleh hubungan yang tidak harmoni antara Tuhan, alam dan juga antara sesama manusia. Oleh itu, orang Dayak Benuaq mencadangkan agar hubungan yang harmoni dan seimbang antara alam dan manusia serta sesama manusia perlu dipertingkatkan secara holistik dan terus dikekalkan. Kesimpulannya, makna upacara Beliatnt Sentiyu boleh dikonseptualisasikan kepada tiga makna iaitu merujuk kepada asal usul dan identiti etnik, kesepaduan dan kebersamaan, serta kelestarian budaya Dayak Benuaq.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Makna upacara Beliatnt Sentiyu pada komuniti Dayak Benuaq di Kampung Pondok Labu, Tenggarong, Kutai Kertanegara, Kalimantan Timur, Indonesia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 188 | |
dc.identifier.callno | DS632.B42 S688 2014 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82284+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.