Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497546
Title: | Modal psikologi positif dan nilai kerja sebagai peramal kepada tingkah laku inovatif dan kesejahteraan psikologi |
Authors: | Janette Marcial @ Nur Atiqah Abdullah (P54676) |
Supervisor: | Fatimah Omar, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Sep-2014 |
Description: | Modal psikologi positif (atau Psycap, iaitu ringkasan Psychological Capital) adalah satu konstruk baru yang dapat mengukur kekuatan dalaman pekerja. Konstruk ini didapati berhubung positif dan signifikan dengan prestasi kerja dan tingkah laku kerja positif seperti kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Namun, sehingga kini amat kurang kajian yang meneliti kesan modal psikologi terhadap tingkah laku inovatif dan kesejahteraan pekerja. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menguji peranan modal psikologi dan nilai kerja sebagai peramal kepada tingkah laku inovatif dan kesejahteraan psikologi pekerja. Kajian ini juga meneliti peranan modal psikologi sebagai pengantara dalam hubungan antara nilai kerja dengan tingkah laku inovatif dan kesejahteraan psikologi. Empat pembolehubah yang dikaji ialah modal psikologi diukur menggunakan Psychological Capital Questionnaire; nilai kerja diukur menggunakan Inventori Nilai Kerja; tingkah laku inovatif diukur menggunakan soal selidik Innovative Work Behavior, dan akhir sekali kesejahteraan psikologi diukur menggunakan Psychological Well-being Questionnaire. Data dikumpulkan daripada 438 pegawai peringkat pengurusan dalam organisasi awam. Setelah melalui proses pembersihan data, 227 data dianalisis menggunakan Analisis Pengesahan Faktor (CFA – Confirmatory Factor Analysis) dan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM – Structural Equation Modeling) dengan program SPSS dan AMOS versi 21. Hasil keputusan kajian menunjukkan model hipotesis mempunyai indeks kesepadanan yang baik, dengan model spesifikasi semula menunjukkan indeks padanan yang lebih baik. Secara khusus, keputusan tersebut menunjukkan modal psikologi mempunyai pengaruh langsung yang positif dan signifikan terhadap tingkah laku inovatif dan kesejahteraan psikologi pekerja. Faktor nilai kerja juga didapati mempunyai pengaruh langsung yang positif dan signifikan terhadap kesejahteraan psikologi, namun mempunyai pengaruh tidak langsung yang positif dan signifikan terhadap tingkah laku inovatif melalui modal psikologi sebagai mediator. Seterusnya, kedua-dua modal psikologi dan nilai kerja sebagai peramal menyumbang sebanyak 76% varians ke atas kesejahteraan psikologi dan 22% ke atas tingkah laku inovatif. Sebagai rumusan, dalam kajian ini modal psikologi merupakan faktor penentu kepada kedua-dua prestasi inovatif dan kesejahteraan psikologi pekerja. Penggunaan modal psikologi dalam kajian ini menyumbang kepada pengkayaan teori kelakuan organisasi. Dapatan kajian ini pula menyumbang kepada praktis pengurusan dan pembangunan sumber manusia dalam organisasi.,Ph.D |
Pages: | 229 |
Call Number: | HF5549.5.M63 J344 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82254+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.5 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.