Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497438
Title: | Keindahan dalam reka bentuk motif seni hiasan fabrik tradisional Melayu : satu analisa formalistik |
Authors: | Abd Rasid Ismail (P32263) |
Supervisor: | Hanapi Dollah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Seni hiasan Fabrik tradisional Malays -- Clothing -- Social life and customs Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 18-Feb-2013 |
Description: | Penyelidikan ini adalah tentang motif-motif fabrik tradisional Melayu dengan tujuan untuk memperlihatkan keindahan yang terdapat pada motif-motif tersebut dari segi struktur binaan dan maknanya. Tiga jenis fabrik tradisional Melayu dipilih sebagai sampel kajian, ia itu songket, batik dan tekat. Fabrik tersebut dianggap sebagai yang paling utama. Sepuluh motif daripada setiap satu jenis fabrik tersebut diambil sebagai sampel kajian. Sampel motif itu dipilih berdasarkan populariti penggunaannya pada fabrik tersebut. Kaedah analisis dalam kajian ini ialah menggunakan teknik analisis motif dari sudut deskriptif, analisis, interpretasi dan evaluasi seperti yang dicadangkan oleh Ragan. Attribusi kajian adalah mengambil aspek-aspek visual seperti yang dicadangkan oleh Kumpulan Bahaus yang merangkumi elemen seni visual dan prinsip-prinsip rekaan seni visual. Dalam analisis itu tumpuan diberi kepada aspek binaan, iaitu bagaimana unsur dan prinsip itu digabung jalin sehingga menerbitkan motif yang berkaitan. Di samping itu kajian ini juga meneliti aspek isi, iaitu makna-makna yang terpancar daripada miotif-motif tersebut. Penemuan penyelidikan ini menunjukkan bahawa meskipun orang Melayu yang menjadi pandai tukang dan pereka seni tersebut tidak terdidik secara formal tentang seni visual tetapi pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki adalah pada tahap yang tinggi. Mutu dan keindahan fabrik tersebut sangat bergantung kepada motif-motif yang dihasilkan oleh tukan atau perekanya. Motif-motif berkenaan juga bukan sahaja indah secara visual tetapi juga memancarkan falsafah dan nilai hidup masyarakat yang mendukungnya. Pemilihan subjek yang selektif dan penampilan motif berkenaan sangat serasi dengan budaya, pemikiran dan gaya hidup Melayu. Penyelidikan ini diharapkan dapat memberi kenyakinan bukan sahaja kepada pereka tetapi juga kepada umum bahawa motif tradisional itu indah dan patut dilestarikan.,Ph.D. |
Pages: | 249 |
Call Number: | GT1530.A237 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75045+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.