Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497436
Title: Variasi bahasa Melayu lisan daripada perspektif sosial dan identiti : kajian di Shah Alam
Authors: Mashetoh Abd. Mutalib (P43260)
Supervisor: Idris Aman, Prof. Dr.
Keywords: Malay language -- Dialects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Mar-2013
Description: Bahasa bervariasi sekurang-kurangnya dari dua perspektif. Pertama, bahasa bervariasi dari sudut geografi, masa, dan sosial. Kedua, bahasa bervariasi dari perspektif saluran penyampaian yang mewujudkan variasi bahasa lisan dan tulisan. Bagaimanapun, kajian terhadap variasi bahasa menjadi kurang seimbang kerana penelitiannya difokuskan kepada dimensi geografi yang meliputi pemetaan dan penggunaan dialek, dialek sebagai jati diri, pengaruh dialek, dan dialek dalam karya sastera; dimensi masa yang difokuskan kepada variasi sejarah, perbandingan bahasa Melayu dan pengaruh dan perkembangan tatabahasa; manakala dimensi sosial hanya memfokuskan aspek fonologi. Dari segi metod kajian pula, fokus diberikan lebih kepada informan perempuan, kawasan pedalaman dan kajian satu dimensi. Manakala kajian berasaskan bahasa lisan pula kurang menitikberatkan isi sosial yang berkaitan identiti penutur. Justeru, kajian ini adalah kajian dimensi sosial variasi bahasa Melayu lisan yang bertujuan mengupas, menghurai, dan menjelaskannya dari sudut linguistik dan sosiolinguistik serta pertaliannya dengan angkubah sosial, iaitu jantina, status sosioekonomi dan usia dalam membayangkan identiti penutur. Kajian ini bertunjangkan pendekatan dialektologi sosial dengan melibatkan seramai 34 orang penutur Melayu di Shah Alam. Data bahasa Melayu lisan dikumpulkan berdasarkan kaedah etnografi yang dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah teroka jumpa. Dapatan menunjukkan bahawa bahasa Melayu lisan sangat bervariasi dalam aspek leksikal dengan memperlihatkan tema pelemahan kata, kata ganti nama diri dan penambahan kata; diikuti aspek sintaksis yang memperlihatkan variasi pengguguran subjek atau pelaku, pengguguran subjek dan sebahagian predikat dan varian struktur ayat majmuk; aspek morfologi yang bervariasi dalam penambahan tatabahasa dan penggunaan imbuhan; dan akhirnya aspek sosiolinguistik yang memperlihatkan variasi percampuran kod pada peringkat kata, frasa dan klausa. Seterusnya, dapatan linguistik yang dipertalikan dengan pemboleh ubah sosial telah menunjukkan bahawa penutur perempuan lebih bervariasi menggunakan bahasa Melayu lisan berbanding dengan lelaki; penutur kelompok status sosioekonomi menengah lebih bervariasi bahasanya berbanding penutur kelompok status sosioekonomi bawah; dan penutur berusia lebih muda lebih cenderung bervariasi berbanding penutur berusia tua. Dapatan menunjukkan bahawa kajian variasi sosial bahasa Melayu melalui analisis linguistik dengan perspektif sosial boleh menyumbang kepada pemahaman sosiolinguistik bahasa Melayu serta menjadi petunjuk kebahasaan untuk menggambarkan identiti penutur bahasa Melayu.,Ph.D.
Pages: 257
Call Number: PL5127.M349 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75031+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.