Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497423
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Idris Aman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Maserah Shabudin (P45360) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:03:05Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:03:05Z | - |
dc.date.issued | 2012-05-31 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74899 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497423 | - |
dc.description | Secara umum, kajian wacana iklan pada masa kini boleh dikelompokkan kepada dua, iaitu kajian satu aras dan kajian multiaras. Bagaimanapun kajian-kajian mengenai periklanan cenderung kepada kajian satu aras. Kajian satu aras dalam kerangka linguistik lebih berlegar pada soal struktur dan isu kebahasaan tetapi kurang mengupas makna sosial atau ideologi yang tumpat di dalam wacana, selain analisis teoretis yang kurang mantap dan kurang memerihalkan aspek ekstra linguistik. Kajian multiaras pula, merupakan analisis wacana yang bersifat kritis, penginterpretasian tidak terhenti pada tahap isu kebahasaan, tetapi dilanjutkan kepada mencungkil proses sosial dan ideologi yang tertanam di dalamnya serta memanfaatkan wacana dalam bentuk linguistik dan semiotik. Justeru itu, kajian ini adalah kajian wacana multiaras yang bertujuan untuk mengenal, merumuskan dan menjelaskan ideologi yang tersirat dalam wacana iklan berbahasa Jepun berasaskan gabungan ciri teks, semiotik dan sifat kewacanaan iklan tersebut. Data kajian ialah 24 wacana iklan produk kecantikan wanita berbahasa Jepun yang dikumpul daripada media cetak iaitu majalah wanita Non-no. Kerangka pemikiran linguistik yang digunakan ialah ‘bahasa dalam kehidupan sosial’ serta memanfaatkan kerangka analisis wacana kritis tiga dimensi (analisis sosial, kewacanaan dan teks). Daripada hasil analisis dirumuskan bahawa ‘wacana’ iklan kecantikan bahasa Jepun, bukanlah sekadar wahana komunikasi dan maklumat mengenai produk semata-mata yang dilihat secara jernih. Pada hakikatnya, wacana tersebut mampu mencetus, membina dan menanam ideologi kecantikan oksidental. Ideologi tersebut mempengaruhi pemikiran, citra dan amalan pewacana dan sasarannya. Ideologi di dalam wacana iklan yang dikaji memainkan peranan cukup besar dalam mencipta dan membentuk trend semasa ‘imej kecantikan’ wanita Jepun. Ideologi kecantikan oksidental itu dibuktikan daripada analisis sifat kewacanaan dan ciri teks berkenaan. Hasil analisis kewacanaan menunjukkan bahawa wacana dihasilkan secara kreatif dengan memaksimumkan kata serapan asing, intertekstualiti, interdiskursiviti serta beberapa aspek semiotik. Hasil analisis teks pula, membuktikan bahawa wacana kajian mengutamakan ayat aktif serta memperkirakan leksikalisasi pemberian kata lain, penggunaan kata berlebihan dan metafora. Dapat disimpulkan bahawa ‘wacana iklan’ bukanlah semata-mata struktur linguistik, komunikasi dan informasi mengenai sesuatu produk tetapi mampu menanam ideologi bagi mempengaruhi pemikiran serta citra pewacana dan sasarannya. Dengan menggunakan data bahasa Jepun, kajian ini mendedahkan keunikan bahasa tersebut serta memahami ideologi, citra dan budaya masyarakat negara maju tersebut.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Wacana oksidental | - |
dc.subject | Ideologi oksidental | - |
dc.subject | Iklan produk kecantikan wanita | - |
dc.subject | Berbahasa Jepun | - |
dc.subject | Advertising--Japan | - |
dc.title | Wacana dan ideologi oksidental dalam iklan produk kecantikan wanita berbahasa Jepun | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 310 | - |
dc.identifier.callno | HF5825 .M337 2012 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74899+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.