Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497402
Title: Bahasa dan identiti : analisis wacana UMNO Najib Razak
Authors: Rohaidah binti Haron (P42110)
Supervisor: Idris Aman, Profesor Dr.
Keywords: Bahasa
Identiti
Wacana
UMNO
Najib Razak
Sociolinguistics -- Malaysia
Issue Date: 12-Oct-2012
Description: Soal identiti turut mendapat perhatian disiplin linguistik selain disiplin psikologi, antropologi sosial, sosiologi, dan sosiobudaya. Namun begitu, dalam disiplin linguistik, kebanyakan kajian bahasa dan hubungannya dengan identiti lebih mendapat perhatian subdisiplin sosiolinguistik. Sosiolinguistik memahami identiti dari perspektif variasi bahasa dan bilingualisme. Penerokaan identiti daripada dimensi linguistik yang memanfaatkan analisis wacana pula masih kurang diusahakan dan perlu digiatkan lagi. Sedangkan wacana merupakan antara wadah terbaik menafsir proses identiti. Kajian ini memanfaatkan wacana UMNO Najib Razak bagi menafsir identiti UMNO. Sehubungan itu, enam siri ucapan Najib Razak (tahun 2004-2009) yang disampaikan di Perhimpunan Agung UMNO dijadikan data kajian. Kajian wacana dan identiti UMNO ini merupakan analisis wacana kritis. Oleh itu, kerangka analisis wacana kritis tiga dimensi dijadikan panduan dalam kajian ini, iaitu dimensi kewacanaan, teks, dan identiti. Dua identiti UMNO dikesan melalui kajian ini, iaitu identiti sedia ada dan identiti yang dihajatkan. Identiti sedia ada yang dikenal pasti ialah pemerkasaan bangsa, manakala identiti yang dihajatkan ialah pengunggulan Melayu dan UMNO. Dua identiti tersebut ditafsir daripada dua sifat utama wacana dan dua ciri teks. Pertama, dua sifat wacana diserlahkan melalui aspek intertekstualiti dan interdiskursiviti. Intertekstualiti dibentuk oleh kandungan teks dan pemanfaatan teks-teks lain, iaitu statistik, sejarah, dan perbandingan zaman. Selain itu, metawacana peribahasa, kata-kata tokoh, ayat Al-Quran, puisi, falsafah, dan Hadis turut membentuk intertekstualiti. Interdiskursiviti pula dibentuk oleh wacana penceritaan. Kedua, ciri teks diserlahkan oleh aspek leksikal dan nahu. Pengleksikalan dicirikan melalui metafora perbuatan, peperangan, tumbuh-tumbuhan, persaingan, kematian, dan api; kata sinonim; kata berlebih-lebihan; ungkapan perjuangan; dan leksikal alternatif. Aspek kenahuan pula secara utama dicirikan oleh pemanfaatan kata bantu aspek berkaitan perkara yang telah dan sedang berlaku, daya ujaran permintaan, unsur Rema, dan modaliti keperluan, kemestian, dan kehendak. Sifat wacana dan ciri teks yang wujud dalam wacana UMNO Najib Razak mengukuhkan pandangan bahawa wacana dan identiti sememangnya saling berkaitan. Analisis wacana kritis menyumbang inovasi dan transformasi dalam penyelidikan linguistik kerana ia bersifat praktikal dan fleksibel dalam mengungkap dan menjelaskan amalan dan budaya masyarakat yang terhimpun dalam sesuatu wacana.,Ph.D
Pages: 430
Call Number: P40.4.M4.R636 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74642+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.