Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488179
Title: | Impak kepimpinan multidimensi, pemikiran strategik, dan keberkesanan kepimpinan Ketua Jabatan Politeknik Malaysia kepada komitmen kerja pensyarah |
Authors: | Siti Junaidah M. Mujir (P36125) |
Supervisor: | Mohammed Sani b. Hj. Ibrahim, Dr. Hj. |
Keywords: | Kepimpinan multidimensi Pemikiran strategik Ketua Jabatan Politeknik Malaysia Pensyarah Leadership -- Malaysia |
Issue Date: | 8 |
Description: | Kajian ini bertujuan meneroka amalan orientasi kepimpinan multidimensi oleh kalangan Ketua Jabatan Akademik Politeknik Malaysia berdasarkan kerangka kepimpinan Bolman dan Deal. Kajian juga meneliti sama ada orientasi kepimpinan Ketua Jabatan Akademik mempunyai kesan terhadap komitmen kerja pensyarah, serta pengaruh keberkesanan kepimpinan Ketua Jabatan terhadap hubungan orientasi kepimpinan multidimensi dan komitmen kerja pensyarah. Kesan interaksi merentas tahap pembolehubah pemikiran strategik ke atas hubungan antara keberkesanan kepimpinan dan komitmen kerja pensyarah turut dikaji. Kajian ini melibatkan 841 orang pensyarah dan 76 orang Ketua Jabatan Akademik dari 24 buah politeknik Malaysia. Soal selidik Leadership Orientation Survey yang dibina oleh Bolman dan Deal, serta soal selidik Strategic Thinking Questionnaires oleh Pisapia et al. diadaptasi untuk mengukur orientasi kepimpinan multidimensi dan pemikiran strategik Ketua Jabatan Akademik. Tahap komitmen kerja pensyarah pula diukur dari aspek komitmen kepada politeknik, komitmen kepada profesion dan komitmen kepada pelajar, menggunakan gabungan item-item yang diadaptasi daripada soal selidik-soal selidik komitmen organisasi, penglibatan kerja, dan interaksi pensyarah-pelajar. Keberkesanan kepimpinan diukur berdasarkan persepsi pensyarah terhadap prestasi peranan Ketua Jabatan Akademik. Analisis multitahap dengan pendekatan permodelan linear berhierarki digunakan untuk menjelaskan kesan orientasi kepimpinan yang diamalkan oleh Ketua Jabatan terhadap tahap komitmen pensyarah. Ketua Jabatan Akademik politeknik didapati telah mengamalkan orientasi kepimpinan multidimensi dengan kepimpinan sumber manusia merupakan dimensi kepimpinan paling dominan. Kajian mendapati dimensi kepimpinan budaya mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tahap komitmen pensyarah kepada politeknik, manakala dimensi kepimpinan sumber manusia dan budaya adalah signifikan dengan komitmen kepada profesion. Sebaliknya, komitmen pensyarah kepada pelajar tidak mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan dimensi-dimensi kepimpinan Ketua Jabatan Akademik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi pensyarah terhadap keberkesanan kepimpinan Ketua Jabatan Akademik mempengaruhi hubungan orientasi kepimpinan dengan komitmen kerja pensyarah. Kemahiran pemikiran strategik pula didapati mempunyai kesan interaksi antara tahap ke atas hubungan keberkesanan kepimpinan dan komitmen kerja pensyarah.,PhD |
Pages: | 327 |
Call Number: | HD57.7.S583 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74318+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.