Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488178
Title: | Aspek-aspek fizikal dan psikososial dalam persekitaran pembelajaran makmal sains |
Authors: | Che Nidzam binti Che Ahmad (P42813) |
Supervisor: | Kamisah Osman, Profesor Madya Dr. |
Keywords: | Fizikal Psikososial Persekitaran Pembelajaran Makmal sains Science -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia |
Issue Date: | 7 |
Description: | Persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesesuaian persekitaran fizikal sedia ada dan persepsi terhadap persekitaran psikososial bagi makmal sains daripada perspektif guru dan pelajar. Di samping itu, kajian juga bertujuan untuk menentukan tahap kepuasan pelajar dan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam makmal sains. Seterusnya pengkaji turut mengenal pasti aspek-aspek fizikal dan psikososial yang mempunyai hubungan dengan tahap kepuasan guru dan pelajar. Akhir sekali, hubungan antara aspek-aspek fizikal dengan aspek-aspek psikososial turut diterokai. Persepsi guru dan pelajar terhadap aspek psikososial diukur menggunakan instrumen Science Laboratory Environment Inventory (SLEI), manakala tahap kepuasan diukur menggunakan Skala Kepuasan (SK) dan tahap kesesuaian aspek fizikal diukur menggunakan Inventori Persekitaran Fizikal Makmal Sains (PSLEI). Seramai 800 orang guru sains dan 800 orang pelajar tingkatan empat di negeri Selangor terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan menunjukkan tahap kesesuaian persekitaran fizikal makmal sains adalah pada tahap sederhana manakala persekitaran psikososial dan tahap kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran pula adalah memuaskan daripada persepsi guru dan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan perspektif yang signifikan tentang tahap kesesuaian persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan tahap kepuasan dalam kalangan guru berdasarkan lokasi dan mata pelajaran. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan dalam persekitaran psikososial berdasarkan mata pelajaran dalam kalangan pelajar. Tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dalam makmal tidak berbeza berdasarkan lokasi dan mata pelajaran tetapi terdapat kesan interaksi di antara keduanya. Seterusnya dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek fizikal, psikososial dan tahap kepuasan di antara guru dan pelajar. Hasil analisis regresi berganda yang dijalankan mendapati terdapat sumbangan yang signifikan daripada sebelas pemboleh ubah yang dikaji ke atas tahap kepuasan guru dan pelajar. Akhirnya hasil dapatan juga menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan bagi aspek-aspek fizikal terhadap aspek-aspek psikososial. Kajian ini turut mengemukakan kerangka yang menunjukkan interaksi yang wujud di antara aspek fizikal, aspek psikososial dan tahap kepuasan bagi guru dan pelajar. Implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih baik tentang persekitaran pembelajaran terutamanya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains.,PhD |
Pages: | 301 |
Call Number: | Q183.4.M34.C484 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74317+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.