Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488176
Title: | Stail pengajaran pensyarah, stail pembelajaran, motif penyertaan dan tahap kepuasan pelajar dalam program pendidikan non formal di kolej-kolej Komuniti KPTM |
Authors: | Wan Chik Nurida bt Ismail (P35152) |
Supervisor: | Norzaini bt Azman, Prof. Madya Dato Dr |
Keywords: | Education -- Study and teaching |
Issue Date: | 8 |
Description: | Budaya pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat penting bagi memastikan kejayaan dan kemakmuran negara. Selain dari pendidikan formal, pendidikan non formal tidak kurang pentingnya kerana ia merupakan pelengkap dan mengisi ruang yang tidak dapat dipenuhi oleh pendidikan formal. Walaupun pendidikan non formal telah lama bertapak di Malaysia, namun kajian mengenainya masih kekurangan. Kajian-kajian yang sedia ada mendapati masih terdapat kelemahan dan kekurangan khususnya dalam aspek penyertaan peserta dan pengajaran pensyarah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubung kait antara stail pengajaran pensyarah, stail pembelajaran dan motif penyertaan pelajar dewasa dalam program pendidikan non formal di kolej komuniti, KPTM. Selain dari itu, kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar dalam program tersebut. Kajian ini berasaskan Model Pengajaran Pembelajaran Conti yang mengambilkira prinsip-prinsip pembelajaran dewasa yang dipelopori oleh Knowles, Kidd dan Lindeman. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik dan temubual sebagai instrumen. Seramai 959 orang pelajar dewasa yang menyertai program pendidikan non formal dan 55 orang pensyarah dari 14 buah kolej komuniti di Malaysia telah dipilih menggunakan persampelan kelompok berstrata. Dua set soal selidik telah digunakan iaitu soal selidik untuk pensyarah dan soal selidik untuk pelajar dewasa. Seramai 6 orang pensyarah dan 6 orang pelajar dewasa ditemubual. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah mengamalkan stail pengajaran berpusatkan guru manakala 43.6% pelajar dewasa mengamalkan stail pembelajaran berpusatkan guru dan 56.4% pelajar dewasa mengamalkan stail pembelajaran berpusatkan pelajar. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan faktor tempoh masa mempunyai hubung kait dengan tahap kepuasan pelajar. Sebagai implikasi kajian, sebuah garis panduan program pendidikan non formal telah dibangunkan bagi membimbing implementasi kursus pendek di kolejkolej komuniti Malaysia.,PhD |
Pages: | 217 |
Call Number: | LB1025.3.W336 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_73876+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.