Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488175
Title: Persepsi dan jangkaan terhadap peranan guru kanan mata pelajaran di sekolah menengah di semenanjung Malaysia
Authors: Tajuddin Mohd. Yunus (P31806)
Supervisor: Mohammed Sani bin Haji Ibrahim, Dr. Haji
Keywords: Persepsi terhadap peranan guru kanan mata pelajaran
Jangkaan terhadap peranan guru kanan mata pelajaran
Peranan guru kanan mata pelajaran
Sekolah menengah di semenanjung Malaysia
High school teachers--Malaysia
Issue Date:  4
Description: Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan khususnya di peringkat sekolah. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) terhadap peranan yang dilaksanakan oleh mereka di sekolah. Selain itu, kajian ini juga meninjau jangkaan dalam kalangan Pengetua, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran terhadap peranan yang dilaksanakan oleh GKMP di sekolah, Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dan temu bual kepada responden terlibat terhadap lapan dimensi peranan GKMP, iaitu: dimensi pengajaran, pentadbiran, pencerapan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan kewangan, pengurusan kurikulum, perkembangan staf, pengurusan ko akademik/ ko kurikulum dan pengurusan makmal/ bengkel/ bilik khas. Sampel kajian melibatkan seramai 955 orang responden yang terdiri daripada 170 orang Pengetua, 170 orang Guru Penolong Kanan Pentadbiran, 208 orang Guru Kanan Mata Pelajaran, 206 orang Ketua Panitia dan 201 orang Guru Mata Pelajaran di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian rintis yang dianalisis menggunakan nilai Cronbach Alpha menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi bagi setiap konstruk di antara 0.82 hingga 0.89. Data dianalisis dengan kaedah deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan persepsi dan jangkaan Pengetua, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Panitia, Guru Mata Pelajaran dan GKMP terhadap lapan dimensi peranan secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Persepsi dan jangkaan responden terhadap 55 item bagi lapan dimensi yang dikaji juga berada pada tahap yang tinggi, manakala 23 item yang dikaji berada pada tahap yang sederhana. Analisis data juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan GKMP terhadap peranan mereka di sekolah berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan jangkaan dalam kalangan Pengetua, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran terhadap peranan yang dilaksanakan oleh GKMP di sekolah berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan hierarki jawatan, Keseluruhan hasil dapatan kajian menggambarkan kebolehan dan keupayaan GKMP dalam menjalankan peranan mereka di sekolah berada pada tahap yang tinggi. Implikasi kajian ini menunjukkan lapan dimensi peranan yang dikaji menurut persepsi GKMP dan jangkaan Pengetua, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran telah mencapai tahap yang baik. Justeru itu, usaha yang berterusan perlu diambil dan dilaksanakan secara menyeluruh bagi mengukuhkan lagi keupayaan GKMP dalam meningkatkan lagi kualiti pentadbiran peringkat sekolah yang merupakan faktor amat penting bagi merealisasikan misi dan visi menjadikan Malaysia hub dan pusat pendidikan berkualiti bertaraf dunia,PhD
Pages: 280
Call Number: LB1777 .T338 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_72956+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.