Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488173
Title: Pemikiran Sains Keusahawanan: Kesediaan Mengintegrasi Pemikiran Keusahawanan Dalam Pengajaran Sains Di Maktab Rendah Sains MARA
Authors: Zulfaka Ishak (P46391)
Supervisor: Nor Aishah Buang, Prof. Dr.
Keywords: Ciri-Ciri Usahawan
Pemikiran Keusahawanan
Sains Keusahawanan
Science-Study and teaching
Issue Date:  3
Description: Kajian ini bertujuan untuk menyiasat ciri-ciri usahawan, tahap pemikiran sains keusahawanan serta hubungan dan sumbangannya terhadap kesediaan guru mengintegrasikan pemikiran keusahawanan dalam pengajaran sains di MRSM. Ciri-ciri usahawan terdiri daripada keyakinan diri, motivasi, kreativiti dan kesediaan untuk mengambil risiko. Pemikiran sains keusahawanan pula terdiri dari kemahiran memerhati, menginovasi idea, mengeksperimen dan mengkomersilkan idea atau produk. Kesediaan untuk mengintegrasikan pemikiran keusahawanan dalam proses pengajaran sains merangkumi sikap dan pemikiran terhadap keusahawanan. Sampel kajian terdiri daripada 219 guru-guru sains dipilih secara rawak yang mengajar Fizik, Kimia dan Biologi di MRSM seluruh Malaysia. Kaedah kuantitatif, disokong oleh temubual telah digunakan dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan mempunyai indeks kebolehpercayaan 'Alpha Cronbach' 0.64 hingga 0.92. Data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS-Windows (versi 16.0). Statistik deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus untuk menjawab persoalan kajian. Statistik inferensi melibatkan ujian MANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru sains di MRSM menunjukkan ciri-ciri usahawan, tahap pemikiran sains keusahawanan dan kesediaan untuk mengintegrasikan pemikiran keusahawanan dalam pengajaran pada tahap tinggi. Hanya kemahiran mengkomersilkan idea atau produk menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor jantina guru sains. Ciri-ciri usahawan dan pemikiran sains keusahawanan mempunyai hubungan yang positif terhadap kesediaan guru untuk mengintegrasikan pemikiran keusahawanan dalam pengajaran. Berdasarkan Regresi Berganda, kesediaan guru untuk mengintegrasikan pemikiran keusahawanan dalam pengajaran sains disumbangkan oleh kemahiran menginovasi idea sebanyak 47.8%, diikuti dengan kemahiran mengkomersial idea atau produk 12.5%, kemahiran mengeksperimen 1% dan kreativiti 0.6% . Dengan dapatan kajian ini diharap guru-guru sains yang mempunyai ciri-ciri dan berfikiran sebagai seorang usahawan mampu membimbing pelajar untuk meminati, memilih dan menjadikan keusahawanan sains sebagai kerjaya pilihan.,PhD
Pages: 300
Call Number: Q181 .Z844 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_72953+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.