Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488171
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEffandi Zakaria, Prof Madya Dr
dc.contributor.authorFaridah binti Salleh (P47747)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:38:53Z-
dc.date.available2023-10-11T09:38:53Z-
dc.date.issued5/25/2013
dc.identifier.otherukmvital:71612
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488171-
dc.descriptionGuru Matematik perlu menyediakan masalah matematik yang bermutu untuk menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Guru tidak boleh mengharapkan masalah yang baik hanya melalui buku teks atau buku rujukan. Keupayaan guru menjanakan masalah sendiri, membolehkan mereka mencipta dan membentuk masalah yang dapat membawa murid menggunakan pemikiran peringkat tinggi. Peluang menjanakan masalah sendiri memberikan ruang kepada guru menggunakan kreativiti mereka bagi mempelbagaikan bentuk masalah dari segi konteks penceritaan, isi kandungan, dan tahap kognitif yang dikehendaki. Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mengenal pasti keupayaan menjanakan masalah statistik dalam kalangan guru matematik MRSM. Teknik persampelan berstrata digunakan untuk mendapatkan sampel seramai 175 orang guru matematik daripada empat buah zon mengikut klasifikasi Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA di Semenanjung Malaysia. Tiga alat kajian digunakan, iaitu tugasan penjanaan masalah statistik, soal selidik penjanaan masalah, dan protokol temu bual berstruktur. Dalam kajian ini, bentuk masalah statistik yang dijanakan oleh guru dikenal pasti dari segi bentuk penceritaan masalah, isi kandungan statistik yang terangkum, dan tahap dimensi kognitif masalah. Disamping itu, kreativiti guru-guru ini dapat dikenal pasti melalui elemen kelancaran, kelenturan, dan keaslian masalah yang dijanakan. Melalui soal selidik dan temu bual, definisi masalah matematik dan langkah-langkah yang dilakukan semasa menjanakan masalah statistik juga dikenal pasti. Dapatan menunjukkan bahawa guru berjaya menjanakan sebanyak 792 (59.9%) masalah statistik. Purata skor kreativiti adalah 33.74 (SP=16.96). Analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor kreativiti bagi tiga kumpulan guru; F (2,172) = 8.052, p = 0.000. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bentuk masalah yang dijanakan oleh guru tertumpu kepada konteks aktiviti persekolahan (21.8%), ukuran kecenderungan memusat (16.6%), dan tahap mengaplikasi pengetahuan sahaja (48.5%). Dengan yang demikian, masalah yang dijanakan oleh guru tidak menjurus kepada masalah statistik yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Dapatan juga menunjukkan proses yang dilakukan semasa menjanakan masalah mengadaptasi heuristik langkah penyelesaian masalah menerusi pendekatan model Polya. Adalah diharapkan melalui dapatan kajian ini, para pendidik mendapat idea mempertimbangkan bentuk masalah yang bakal diberikan kepada murid.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMatematik statistik
dc.subjectMathematics teachers -- Malaysia
dc.titleKeupayaan menjanakan masalah statistik dalam kalangan guru matematik
dc.typeTheses
dc.format.pages344
dc.identifier.callnoQA276.2.F346 2013
dc.identifier.barcode000637
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71612+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.