Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488167
Title: | Kefahaman Dan Kesedaran Legal Dan Etika Kerahsiaan Serta Amalan Etika Kerahsiaan Dalam Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling |
Authors: | Mohamad Hj. Bokhari (P27446) |
Supervisor: | Noriah Mohd Ishak, Profesor Dr. |
Keywords: | Etika Kerahsiaan Etika Kerahsiaan Dalam Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Educational counseling |
Issue Date: | 12 |
Description: | Kerahsiaan merupakan salah satu isu yang diberikan perhatian dalam garis panduan yang terdapat dalam kod etika Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dan kod etika Lembaga Kaunselor Malaysia. Kerahsiaan merupakan satu konsep yang melibatkan implikasi etika dan perundangan kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling. Kajian ini adalah satu kajian tinjauan untuk memeriksa kefahaman legal, kefahaman etika dan kesedaran (legal dan etika) kerahsiaan serta amalan etika kerahsiaan dalam kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling. Data untuk kajian ini diperoleh melalui instrumen soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji dan dinamakan Inventori Etika Kerahsiaan (IEK). Kajian ini melibatkan seramai 298 (n=298) orang responden iaitu Guru Bimbingan Dan Kaunseling yang sedang berkhidmat di sekolah rendah, sekolah menengah harian, Sekolah Menengah Vokesional, Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Persekutuan (SBP) dan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Agama Negeri (SBPAN) di negeri Melaka serta Negeri Sembilan. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak berkelompok yang melibatkan tiga daerah di negeri Melaka (Melaka Tengah, Alor Gajah, Jasin) dan empat daerah di Negeri Sembilan (Rembau, Seremban, Kuala Pilah dan Port Dickson) untuk proses pengumpulan data kajian. Soal selidik yang digunakan mengandungi sejumlah 61 item. Indeks kebolehpercayaan bagi analisis item yang digunakan mempunyai nilai Alpha Cronbach 0.93. Soalan kajian ini adalah untuk memeriksa hubungan, perbezaan dan kesan interaksi antara kefahaman dan kesedaran (legal dan etika) kerahsiaan serta amalan etika kerahsiaan dalam kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling dari aspek tempoh perkhidmatan, jumlah jam penyeliaan dan kelulusan tertinggi. Analisi data dijalankan melalui pendekatan statistik inferensi dengan menggunakan perisisan SPPS 18.0 iaitu analisis Korelasi Pearson, Ujian ANOVA Sehala dan Ujian MANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Kefahaman Legal, Kefahaman Etika dan Kesedaran (Legal dan Etika) Kerahsiaan dengan Amalan Etika Kerahsiaan. Analisis Ujian Anova Sehala menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara Kefahaman Legal, Kefahaman Etika, Kesedaran (Legal dan Etika) Kerahsiaan dan Amalan Etika Kerahsiaan dengan faktor pelbagai kelulusan tertinggi, tempoh perkhidmatan dan jumlah jam penyeliaan. Manakala, analisis MANOVA menunjukkan wujud kesan interaksi antara jumlah jam penyeliaan dan tempoh perkhidmatan terhadap Kefahaman Legal. Begitu juga wujud kesan interaksi antara jumlah jam penyeliaan dan kelulusan tertinggi terhadap Kesedaran (Legal dan Etika) Kerahsiaan. Perbincangan kajian mendapati bahawa faktor kefahaman legal dan kefahaman etika dapat dikuasai dan dihayati dengan baik oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling di semua kategori kelulusan tertinggi. Kajian semasa menunjukkan bahawa belum terdapat fakta, data dan statistik yang dilaporkan wujudnya kes membocorkan etika kerahsiaan dalam kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling di Malaysia.,PhD |
Pages: | 323 |
Call Number: | LB1027.5 .M836 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71373+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.