Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488166
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Parilah Mohd Shah, Prof. Madya Dr | |
dc.contributor.author | Rashidah binti Rahamat (P47718) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:38:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:38:48Z | - |
dc.date.issued | 8/31/2013 | |
dc.identifier.other | ukmvital:71358 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488166 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pelajar, membangun serta menilai satu pakej pembelajaran mudah alih Komsas dalam Bahasa Inggeris Tingkatan Empat. Reka bentuk kaedah kajian pembinaan media instruksi diaplikasi melalui gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif telah membantu pengumpulan data daripada tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, pembangunan dan penilaian. Dapatan analisis keperluan menunjukkan responden mempunyai kesediaan dari segi fizikal, ekonomi dan psikologi terhadap pembelajaran secara mudah alih. Proses pembangunan Pakej elektronik Literature atau e-Lit ini pula menggabungkan model generik instruksi reka bentuk pembangunan ADDIE (Analyze-Design-Develop-Implement-Evaluate) dan PD (Participatory Design) selain berlandaskan teori-teori pembelajaran yang berkaitan. Proses pembangunan bersama pengguna telah menghasilkan isi kandungan Pakej e-Lit yang mencakupi sukatan pelajaran Bahasa Inggeris dan memenuhi piawaian pengguna. Hasil analisis fasa penilaian secara kuantitatif dan kualitatif menunjukkan responden mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap Pakej e-Lit. Penghantaran teks pesanan ringkas serta pertemuan secara bersemuka memberi kesan kepada motivasi dan minat pelajar untuk mengakses bahan. Keputusan keseluruhan menunjukkan Pakej e-Lit dan pembentukan persekitaran pembelajaran secara mudah alih yang diimplementasi memberi kesan yang positif kepada kepuasan, motivasi dan minat pelajar. Pemeriksaan melalui pendekatan Pemodelan Persamaan Struktur mengesahkan secara empirikal, terdapat hubungan positif yang signifikan di antara faktor sikap pelajar, reka bentuk Pakej e-Lit dan kepuasan. Penyelidikan ini telah memberi sumbangan dalam: (i) kaedah ubahsuaian gabungan model instruksi reka bentuk yang dikenali sebagai Kitaran Instruksi Reka Bentuk e-Lit, (ii) pelaksanaan Kurikulum Emergent melalui proses pembangunan bersama pengguna, (iii) pembentukan persekitaran pembelajaran mudah alih yang boleh dilaksanakan dalam konteks pendidikan sekolah menengah di Malaysia dan (iv) penghasilan borang penilaian Kit e-Lit bagi menilai kepuasan pelajar terhadap bahan e-pembelajaran.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pembelajaran mudah alih | |
dc.subject | Bahasa Inggeris | |
dc.subject | English literature -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan dan penilaian pakej pembelajaran mudah alih komsas dalam bahasa Inggeris tingkatan empat | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 407 | |
dc.identifier.callno | LB1044.84.R347 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000648 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71358+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.