Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488117
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Razaq Ahmad, Prof. Dato' Dr.-
dc.contributor.authorMohd Ariffuddin Kamari (P102956)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:47Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:47Z-
dc.date.issued2022-01-24-
dc.identifier.otherukmvital:130194-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488117-
dc.descriptionKajian tinjauan ini bertujuan menentukan tahap, perbezaan serta sumbangan bagi tiga konstruk utama iaitu sokongan ekologi sosial, kelangsungan hidup (survival) dan kualiti hidup. Konstruk kualiti hidup bertujuan mengenal pasti perbezaan konstruk-konstruk tersebut berdasarkan jantina dan etnik. Selain itu, kajian ini turut melihat pemboleh ubah peramal sokongan ekologi sosial seperti institusi, keluarga, komuniti setempat dan platform maya dan survival tentang pengetahuan, kemahiran, pembelajaran sepanjang hayat serta nilai dan kreativiti terhadap kualiti hidup iaitu kemudahan fizikal, pengurusan kewangan, kesejahteraan dan kesihatan, kebahagiaan keluarga dan keharmonian sosial belia di bandar. Kajian ini menggunakan persampelan rawak berstrata (stratified random sampling) yang melibatkan 2400 orang belia pelbagai etnik di 6 zon Bandar Raya Kuala Lumpur. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, MANOVA, ANOVA Dua Hala dan Model Persamaan Berstruktur (SEM). Dapatan kajian menunjukkan tahap keseluruhan bagi sokongan ekologi sosial daripada aspek sokongan keluarga, sokongan komuniti setempat dan sokongan platform maya adalah tinggi. Survival atau kelangsungan hidup bagi aspek pengetahuan dan kemahiran baru hidup di bandar, pembelajaran sepanjang hayat serta nilai hanya berada di tahap yang sederhana. Kualiti hidup bandar daripada aspek kesejahteraan diri dan pengurusan kewangan berada di tahap sederhana namun begitu, aspek kesejahteraan dan kesihatan, kebahagiaan keluarga dan keharmonian sosial berada di tahap yang tinggi. Bagi analisis MANOVA Dua Hala pula, konstruk sokongan ekologi sosial, kelangsungan hidup dan kualiti hidup sebahagiannnya menunjukkan perbezaan yang signifikan dan terdapat interaksi berdasarkan jantina dan etnik. Hasil analisis Model Persamaan Berstruktur menunjukkan pemboleh ubah peramal iaitu sokongan ekologi sosial dan kelangsungan hidup (survival) menyumbang sebanyak 62 peratus terhadap kualiti hidup. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat sumbangan secara langsung yang signifikan bagi ekologi sosial terhadap kelangsungan hidup dan kualiti hidup dalam kalangan belia di Kuala Lumpur. Konstruk kelangsungan hidup menunjukkan perantara yang signifikan hubungan diantara sokongan ekologi sosial dengan kualiti hidup. Justeru, faktor-faktor yang menyumbang kepada kualiti hidup bandar perlu diberi perhatian khusus dalam merancang strategi dan perancangan belia pelbagai etnik di Bandar Raya Kuala Lumpur.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQuality of life -- Malaysia-
dc.subjectCity and town life - -Malaysia-
dc.subjectYouth -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSokongan ekologi sosial dan kelangsungan hidup terhadap kualiti hidup belia pelbagai etnik di bandar raya Kuala Lumpur-
dc.typeTheses-
dc.format.pages337-
dc.identifier.callnoHN700.6.A85.M634 2022 tesis-
dc.identifier.barcode006755(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sokongan ekologi sosial dan kelangsungan hidup terhadapa kualiti hidup belia pelbagai etnik di bandar raya Kuala Lumpur
  Restricted Access
Full-text201.52 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.