Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488114
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Mistima Maat, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorYanuarto Wanda Nugroho (P92896)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:42Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:42Z-
dc.date.issued2021-06-25
dc.identifier.otherukmvital:127544
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488114-
dc.descriptionKajian di Indonesia mendedahkan bahawa guru Matematik di wilayah Jawa Tengah memiliki tingkat literasi TMK yang rendah. Permasalahan lain, bahawa kepercayaan guru Matematik sekolah menengah di Indonesia cenderung menggunakan pengajaran tradisional. Hal ini memberi halangan kepada pemerintah untuk membina guru yang professional dalam program PPG Matematik di Indonesia. Selain itu, guru Matematik di Indonesia mempunyai kerisauan tinggi terhadap peranan teknologi di kelas. Kajian lain tentang PPG Matematik ialah seramai 76% guru Matematik sekolah menengah di Indonesia memiliki tahap rendah pengetahuan teknologi pedagogi kandungan. Justeru kajian ini yang melibatkan hubungan kepercayaan, kerisauan, pengetahuan teknologi pedagogi kandungan terhadap literasi TMK dalam kalangan guru matematik sekolah menengah di Indonesia. Kajian kuantitatif model struktural ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah kepercayaan, kerisauan dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK), mengesahkan model struktural dan seterusnya membina model sumbangan kepercayaan, kerisauan, dan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan terhadap literasi TMK dalam kalangan guru sekolah menengah di wilayah Banyumas, Indonesia. Kajian ini turut menentukan kerisauan sebagai kesan pengantara. 235 orang guru matematik sekolah menengah di wilayah Banyumas, Indonesia dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata. Data temu bual turut dikumpul daripada empat guru matematik yang dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Proses kesahan instrumen dilaksanakan menggunakan khidmat pakar untuk mengesahkan kandungan instrumen. Analisis diteruskan dengan faktor analisis penerokaan, analisis faktor penerokaan, pembangunan model struktural dan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan kesemua model pengukuran pemboleh ubah, iaitu kepercayaan, kerisauan, PTPK dan literasi TMK adalah sepadan dengan data kajian. Pembangunan model persamaan struktural menunjukkan hanya tiga hubungan sahaja yang signifikan iaitu hubungan antara PTPK dengan kerisauan, hubungan antara kepercayaan dengan literasi TMK dan hubungan antara PTPK dengan literasi TMK. Manakala dua hubungan yang tidak signifikan iaitu hubungan antara kepercayaan dengan kerisauan dan hubungan antara kerisauan dengan literasi TMK. Di samping itu, kekuatan sumbangan kepercayaan dalam menerangkan literasi TMK menunjukkan hasil yang besar (β=.963) dan kekuatan PTPK dalam menerangkan literasi TMK memberikan sumbangan yang rendah (β=.038). Seterusnya, sumbangan variasi dalam literasi TMK adalah besar (r2=.931). Bagi mengetahui kesan pengantara, kerisauan turut mengantara separa hubungan di antara kepercayaan, PTPK dengan literasi TMK. Dapatan menunjukkan hubungan kepercayaan, kerisauan dan PTPK terhadap literasi TMK disokong oleh dapatan temu bual. Dapatan temu bual menunjukkan tiga faktor yang dapat mempengaruhi literasi TMK iaitu faktor kepercayaan, faktor kerisauan dan faktor pengetahuan. Bagi f aktor kepercayaan terbahagi menjadi empat sub tema iaitu kemahiran asas, bebanan tugas , motivasi dan corak pemikiran guru. Faktor kerisauan terbahagi menjadi enam sub tema iaitu peperiksaan matematik, sikap matematik, kognitif, pengajaran matematik, masa dan kehidupan sosial. Manakala faktor pengetahuan menghasilkan enam sub tema iaitu pengetahuan bimbingan matematik, pengetahuan pengelolaan matematik, pengetahuan integriti matematik, ketersediaan bengkel kemahiran, kemudahan sekolah dan perkembangan teknologi. Kesimpulannya, guru matematik perlu mempunyai kepercayaan yang positif agar kerisauan dapat dikurangkan dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dapat dijalankan dengan bermakna.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMental health
dc.subjectStress (Psychology)
dc.subjectICT literacy
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan antara kepercayaan, kerisauan, dan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan terhadap literasi teknologi maklumat dan komunikasi guru matematik sekolah
dc.typeTheses
dc.format.pages323
dc.identifier.callnoRA788.Y336 2021 tesis
dc.identifier.barcode006470(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127544+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.