Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488100
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aishah Buang, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAb. Aziz Ab. Samad (P92423)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:26Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:26Z-
dc.date.issued2021-04-01
dc.identifier.otherukmvital:127387
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488100-
dc.descriptionKajian bertujuan untuk meneroka penguasaan pelajar terhadap kandungan bab Inflasi dan Kos Sara Hidup dalam subjek Ekonomi Malaysia. Tujuan terperinci adalah; (i) meneroka proses kognitif pemahaman dari kandungan pengajaran guru dan bacaan buku teks yang dilakukan oleh pelajar untuk menguasai kandungan teks bab Inflasi dan Kos Sara Hidup, (ii) meneroka skema pemahaman kandungan pengajaran guru dan bacaan buku teks berdasarkan analisis struktur teks bab Inflasi dan Kos Sara Hidup dalam kalangan pelajar, dan (iii) meneroka pola penguasaan pelajar terhadap kandungan teks bab Inflasi dan Kos Sara Hidup berdasarkan skema pemahaman kandungan pengajaran guru dan bacaan buku teks. Kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes deskriptif. Peserta kajian terdiri lapan orang pelajar prauniversiti yang mengambil kertas Ekonomi Malaysia. Tiga protokol kajian dilakukan bagi mendapatkan data kajian iaitu; protokol temu bual dan analisis dokumen, protokol temu bual dan protokol ujian pemahaman bertulis. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian telah mempraktikkan proses kognitif pemahaman yang dikenal pasti untuk menguasai maklumat daripada kandungan pengajaran guru dan bacaan buku teks. Dapatan kajian menunjukkan bagi struktur Teks Senarai dan Teks Banding-beza, skema pemahaman yang terhasil daripada peserta kajian adalah mengikut struktur kandungan pengajaran guru dan bacaan buku teks. Manakala struktur Teks Huraian, Teks Urutan dan Teks Sebab Akibat, skema pemahaman yang terhasil adalah mengikut struktur bacaan bukut teks. Didapati pelajar yang menguasai kelima-lima struktur teks tersebut, juga menguasai proses pemilihan, penyusunan dan pengintergrasian maklumat. Dapatan kajian juga menunjukkan peserta kajian menguasai kandungan teks bab Inflasi dan Kos Sara Hidup, apabila memperolehi keselarasan skema pemahaman di antara kandungan pengajaran guru dan bacaan buku teks, sehingga menghasilkan skema jawapan yang tepat dan selaras dengan skema jawapan pakar. Implikasi kajian ini merangkumi strategi pembelajaran yang berasaskan proses kognitif pemahaman dan analisis struktur teks terhadap penguasaan kandungan pengajaran guru dan bacaan buku teks. Manakala tahap penguasaan pelajar terhadap kandungan teks ditunjukkan melalui Model Keselarasan Skema Peperiksaan Cemerlang. Beberapa kajian lanjutan telah dicadangkan bagi mengembangkan lagi dapatan kajian ini,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectEkonomi Malaysia -- Silibus
dc.subjectInflasi
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleSkema pemahaman kandungan pengajaran guru, bacaan teks dan pola penguasaan kandungan bab inflasi dan kos sara hidup dalam subjek Ekonomi Malaysia tingkatan enam
dc.typeTheses
dc.format.pages522
dc.identifier.barcode006497(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127387+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.