Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488098
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHarun Baharudin, Dr.
dc.contributor.authorNoorazi Rani (P92451)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:24Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:24Z-
dc.date.issued2021-11-03
dc.identifier.otherukmvital:126187
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488098-
dc.descriptionBahan bacaan yang berkesan ialah bahan bacaan yang selari dengan tahap pembaca. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan buku rujukan bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru dan mengukur tahap kebolehbacaan buku-buku rujukan tersebut. Aspek yang dikaji ialah faktor pembaca iaitu motivasi membaca, minat membaca, pengetahuan sedia ada dan pencapaian akademik. Kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan ini menggunakan ujian kloz dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 302 orang guru pelatih daripada 18 IPG telah dipilih sebagai sampel kajian menggunakan prosedur persampelan kebarangkalian iaitu rawak strata berkadaran (peringkat zon dan peringkat negeri), rawak mudah (peringkat pemilihan kampus) dan rawak sistematik (pemilihan sampel dalam kampus). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data kuantitif tersebut menggunakan skor min, peratus, sisihan piawai, ujian T tidak bersandar, ANOVA sehala, MANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Dapatan analisis deskriptif mendapati tahap motivasi membaca, minat membaca, pengetahuan sedia ada dan pencapaian akademik guru pelatih adalah Sederhana. Manakala tahap kebolehbacaan buku rujukan bahasa Arab adalah Kecewa atau tidak memuaskan. Dapatan analisis inferensi pula menunjukkan terdapat perbezaan motivasi membaca, pengetahuan sedia ada, pencapaian akademik dan kebolehbacaan berdasarkan latar belakang akademik dan terdapat perbezaan minat membaca serta tahap kebolehbacaan berdasarkan tempoh pengajian. Analisis MANOVA mendapati terdapat perbezaan tahap kebolehbacaan berdasarkan latar belakang akademik dan tempoh pengajian. Manakala analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik, motivasi membaca dan pengetahuan sedia ada dengan kebolehbacaan. Seterusnya dapatan analisis Regresi Berganda mendapati pencapaian akademik mempengaruhi 25 peratus kebolehbacaan dan motivasi membaca mempengaruhi 3.8 peratus kebolehbacan buku rujukan bahasa Arab di IPG. Kesimpulannya, dapatan kajian ini melengkapkan penentuan faktor yang berupaya memberi pengaruh besar terhadap kebolehbacaan bahasa Arab ke arah membangunkan formula kebolehbacaan bahasa Arab sebagai bahasa asing. Selain itu, tahap kebolehbacaan buku rujukan yang tidak memuaskan memberi implikasi terhadap penggubal sukatan pelajaran, pensyarah dan guru pelatih serta memerlukan penambahbaikan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectBahasa Arab -- Kebolehbacaan
dc.subjectBahasa Arab -- Buku rujukan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh faktor pembaca terhadap kebolehbacaan buku rujukan bahasa Arab di Insititut Pendidikan Guru
dc.typeTheses
dc.format.pages384
dc.identifier.barcode006430(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126187+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.