Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488096
Title: Pembinaan dan pengesahan ujian diagnostik sistem bahasa menengah rendah
Authors: Mohd Zaharuddin Omar (P59260)
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr.
Keywords: Instructional systems
Malay language
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Apr-2021
Description: Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk, membina dan mengesahkan instrumen Ujian Diagnostik Sistem Bahasa Menengah Rendah (UDSBMR). Berdasarkan kajian keperluan yang telah dijalankan, pengkaji belum menemui instrumen ujian diagnostik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan untuk kegunaan pelajar di awal pembelajaran tingkatan satu telah dibina. Pelajar didapati mempunyai kelemahan dalam aspek sistem bahasa dan ejaan. Justeru, komponen sistem bahasa yang terdiri daripada morfologi, pembentukan kata, sintaksis, kosa kata, peribahasa dan ejaan sebagai konstruk utama kajian. Pelaksanaan kajian terdiri daripada tiga fasa iaitu reka bentuk, pembangunan dan penilaian (Richey dan Klien 2014). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Pengkaji menggunakan model Rasch untuk menganalisis data menerusi perisian Winstep. Instrumen kajian disahkan kandungannya oleh tujuh orang pakar menggunakan kaedah penilaian kandungan Lawshe (1975). Semua item mempunyai nilai CVR 1.0 kecuali empat item dalam konstruk Sintaksis (0.43 hingga 0.71). Nilai CVI semua konstruk pula adalah antara 0.97 hingga 1.0 (>0.78). Kajian rintis telah ditadbir kepada 87 pelajar tahun enam. Hasil analisis kajian rintis mendapati semua konstruk mempunyai nilai indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach (KR20) (0.89-0.98), nilai kebolehpercayaan pengambil ujian (90.85-0.95) dan nilai kebolehpercayaan item (0.82-0.97) yang cemerlang. Item-item juga didapati memenuhi syarat PT Measure Correlation (0.17-0.84) dan MNSQ outfit (0.55-1.48) yang ditetapkan. Sebanyak 17 item digugurkan menjadikan jumlah item yang tinggal ialah 271. Kajian sebenar ditadbir kepada 935 pelajar tingkatan satu di sepuluh buah sekolah yang mewakili sepuluh daerah di Pahang. Analisis data menunjukkan semua item dalam setiap konstruk memperoleh nilai PT Measure Correlation yang positif (0.22-0.58) dan nilai MNSQ outfit pula berada dalam julat 0.5-1.5 (0.72-1.23). Lapan item perlu digugurkan kerana mempunyai nilai residual korelasi asas terbesar melebihi 0.70. Analisis kebolehpercayaan mendapati UDSBMR mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach KR20 (0.75-0.93), pengambil ujian (0.75-0.93), dan item (0.96-0.98) yang sangat baik. Item-item juga berupaya mengkategorikan pengambil ujian (person) kepada dua hingga empat kumpulan kebolehan (2.05-3.78) dan lima hingga lapan kategori kesukaran item (4.68-7.58). Item-item didapati tidak bias kepada pengambil ujian lelaki dan perempuan. Analisis kesilapan bahasa (Pit Corder 1967) ke atas enam skrip jawapan menunjukkan kesilapan sistematik adalah yang paling banyak dilakukan (136 kesalahan), diikuti post sistematik (72) dan pra sistematik (30). Punca kesilapan bahasa yang paling besar adalah tidak mengetahui batas rumus (135 kesalahan). Instrumen UDSBMR memenuhi kriteria ujian diagnostik yang sesuai digunakan untuk pelajar Tingkatan Satu. mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dan boleh terima. Guru-guru dan para pelajar yang baharu memulakan pembelajaran Bahasa Melayu di tingkatan satu atau sesiapa sahaja boleh menggunakan instrumen ini untuk mendiagnosis penguasaan Bahasa Melayu dalam aspek sistem bahasa. Instrumen ini diharap dapat memberi sumbangan kepada usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Kesimpulannya, UDSBMR memenuhi kriteria ujian diagnostik untuk mengesan jenis-jenis dan punca-punca kesilapan penggunaan sistem bahasa dalam Bahasa Melayu.,Ph.D
Pages: 335
Call Number: LB1028.35.M633 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126185+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.