Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488091
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fariza Khalid, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Intan Farahana Kamsin (P68538) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:37:16Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:37:16Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-31 | |
dc.identifier.other | ukmvital:126181 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488091 | - |
dc.description | Kemahiran ICT dan identiti pelajar merupakan faktor penyumbang dalam keberhasilan pembelajaran abad ke-21. Namun begitu, kemahiran ICT dalam kalangan pelajar komuniti Orang Asli masih berada pada tahap yang rendah, dan pada masa yang sama mereka memiliki identiti introvert sebagai seorang pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana program literasi ICT (PLICT) yang diintegrasi dengan pendekatan Zone of Proximal Development (ZPD) dan gaya belajar dapat meningkatkan tahap kemahiran ICT serta mempengaruhi identiti pelajar dalam kalangan anak Orang Asli. Kajian ini dilaksanakan selama tiga tahun bermula pada tahun 2013 dengan menggunakan reka bentuk kajian kes, melibatkan 10 pelajar Orang Asli dari Kg. Belihoi, Mantin. Teknik pengumpulan data dilaksanakan secara pemerhatian, temu bual, dan dokumen analisis. Data yang diperoleh diorganisasi dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan menunjukkan; (i) tahap kemahiran ICT memperlihatkan peningkatan dan wujud kemahiran boleh pindah dalam kalangan anak Orang Asli, (ii) identiti pelajar dalam kalangan anak Orang Asli telah dipengaruhi apabila identiti pemalu yang mereka miliki semakin berkurangan, namun identiti ini masih kekal apabila mereka dikehendaki untuk berinteraksi dengan individu yang tidak mereka kenali, (iii) visual dan kumpulan merupakan atribut bagi gaya belajar fisiologi dan gaya belajar sosiologi yang dominan dalam meningkatkan tahap kemahiran ICT dalam kalangan anak Orang Asli, (iv) atribut gaya belajar kumpulan merupakan satu-satunya atribut yang menyumbang kepada mempengaruhi identiti sosial dalam kalangan anak Orang Asli berbanding dengan atribut gaya belajar individu, visual, taktil, audio, dan kinestatik, dan (v) guru merupakan medium perantaraan ZPD yang dominan di dalam pelaksanaan PLICT berbanding dengan rakan, bahan peralatan, dan bahan psikologi dalam meningkatkan tahap kemahiran ICT dan mempengaruhi identiti pelajar dalam kalangan anak Orang Asli. Berdasarkan hasil analisis yang diperoleh, menunjukkan bahawa PLICT yang diintegrasi dengan pendekatan ZPD dan gaya belajar menyumbang kepada peningkatan tahap kemahiran ICT dan mempengaruhi identiti pelajar dalam kalangan anak Orang Asli. Dapatan kajian ini memberikan implikasi dari aspek praktikal dan teori. Implikasi praktikal merujuk kepada penyediaan garis panduan untuk pelaksanaan PLICT dalam kalangan anak Orang Asli di samping menyediakan kerangka kajian sebagai panduan kepada penyelidik yang melaksanakan kajian melibatkan PLICT dan anak Orang Asli di masa akan datang. Manakala, implikasi teori memperlihatkan pendekatan ZPD dan gaya belajar bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada tahap kemahiran ICT dan identiti pelajar dalam kalangan anak Orang Asli, bahkan kajian turut mengenal pasti perkaitan di antara pendekatan ZPD dan gaya belajar di dalam proses pelaksanaan PdP yang melibatkan anak Orang Asli.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Computers and literacy | |
dc.subject | Orang Asli (Malaysian people) | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Meneroka tahap kemahiran ICT dan identiti pelajar dalam kalangan anak orang asli melalui program literasi ICT (PLICT) | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 480 | |
dc.identifier.callno | LC149.5.I598 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006423(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126181+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.